fbpx
Now Reading
Saksi Nampak Zayn Rayyan Hidup 5 Jam Selepas Dilaporkan Hilang – KP Selangor

Saksi Nampak Zayn Rayyan Hidup 5 Jam Selepas Dilaporkan Hilang – KP Selangor

Menurut Ketua Polis Selangor, dua saksi kanak-kanak itu mendakwa ada melihat mangsa pada 5 Disember antara jam 5.00 hingga 5.30 petang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin masih lagi dalam siasatan polis. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja petunjuk baru yang diterima.

Penemuan petunjuk baharu nyata melegakan orang ramai khususnya keluarga atau mereka yang mengikuti perkembangan kes pembunuhan ini.

Penemuan ini juga menunjukkan bahawa persoalan siapakah pembunuh kejam itu akan terjawab tidak lama lagi.

Saksi Dedah Nampak Mangsa Masih Hidup 5 Jam Selepas Dilaporkan Hilang

Terbaharu, polis mendedahkan dua saksi mendakwa ada ternampak mangsa kira-kira lima jam selepas dilaporkan hilang pada 5 Disember yang lalu.

Saksi mendakwa melihat kanak-kanak itu keseorangan di tingkat dua dan tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai antara jam 5.00 hingga 5.30 petang.

Pendedahan saksi itu turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Menurut beliau, petunjuk baharu itu dikesan ketika polis melakukan pemeriksaan pintu ke pintu (mass screening) yang melibatkan penduduk apartment itu sejak 8 Disember yang lalu.

“Melalui mass screening itu, pihak polis mendapati ada dua kanak-kanak terlihat mangsa berada di tingkat dua dan tingkat tiga di Blok R pada hari berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Walau bagaimanapun, jantina dan umur kedua-dua saksi kanak-kanak itu tidak didedahkan.

Polis Telah Rakam Keterangan 86 Individu & Ambil 10 Sampel DNA

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan sebanyak 10 sampel DNA telah diambil menjadikan jumlah terkini sebanyak 238 sampel.

“Setakat ini, kita juga sudah merakam keterangan 86 individu dan masih ada lagi individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” jelasnya lagi.

Semalam, Hussein turut memaklumkan pihaknya ada menemui sehelai stokin dalam takungan air di kawasan sungai berhampiran tempat Zayn dijumpai.

Sarung kaki itu ditemui selepas polis mengepam keluar air daripada kawasan takungan tersebut.

Jelas beliau, sarung kaki itu akan diperiksa dan dianalisis bagi mengenal pasti sama ada ia milik mangsa atau tidak.

Untuk info, Zayn Rayyan dilaporkan hilang kira-kira jam 12.30 tengahari pada 5 Disember yang lalu di blok rumahnya, Apartmen Idaman.

Kes kehilangan Zayn mula mendapat perhatian ramai selepas ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis dibuat pada jam 6.36 petang hari yang sama.

Mayatnya ditemui di sebatang sungai berhampiran kediaman mereka pada 7 Disember yang lalu. Walau bagaimanapun, hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berkenaan sebenarnya dibunuh.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat

Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Cuba Pertahankan Diri, Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.