fbpx
Now Reading
Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat

Ketua Polis Selangor berkata, bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat, pihaknya sedang melakukan siasatan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi giat mencari suspek yang membunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin yang sebelum ini ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya, Apartmen Idaman, Damasara Damai pada 6 Disember lalu.

Terkini, petunjuk yang diperoleh daripada pihak polis menjurus kepada seorang individu yang mungkin terbabit dalam kes pembunuhan Zayn Rayyan yang berusia enam tahun itu.

Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Cuba Pertahankan Diri, Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui

Siasatan dijalankan daripada pelbagai sudut untuk temui fakta & maklumat tepat

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata, bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat, pihaknya sedang melakukan siasatan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut.

“Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening’.

“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.

“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.

“Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta,” katanya dipetik Harian Metro semalam (11 Disember).

Menurutnya, proses meneliti video kamera papa pemuka (dashcam) di setiap kenderaan penduduk di kawasan perumahan terbabit masih dijalankan bagi membantu siasatan.

Mayat Zayn Rayyan mungkin dibuang waktu petang ketika hujan lebat

Kata Hussien, siasatan juga mendapati jasad Zayn Rayyan berkemungkinan diletakkan pada waktu petang di kawasan takungan air 200 meter dari kediamannya.

“Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu.

“Kita tidak jumpa lagi barang yang boleh menjurus kepada penjenayah, kita masih berusaha untuk mencarinya,” katanya lagi.

Tambahnya, pihak polis juga percaya pembunuh Zayn Rayyan berkemungkinan menggunakan laluan tikus yang terdapat di lokasi tersebut untuk sampai ke kawasan saliran air tempat mayat ditemui.

Siasatan polis juga tertumpu kepada stor terletak 50 meter dari rumah mangsa

Menurutnya lagi, siasatan polis juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenalpasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

“Kita hendak melihat ataupun menyiasat siapa yang selalu berlegar di situ, stor ini untuk penyimpanan barang-barang lusuh dan juga barang-barang kitar semula, jadi adakah kemungkinan penjenayah ada pernah ke situ, kita (mahu) lihat (padanan) cap jari di situ.

“Sebab itu saya kata siasatan ini terbuka dan kita melihat dari pelbagai sudut, sama ada daripada dalam kawasan atau luar kawasan itu. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut dalam siasatan ini. Stor berkunci dan ada penjaga,” ujar Hussien.

Terdahulu, kes kematian Zayn Rayyan mengejutkan seluruh negara selepas dia yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh ibunya pada 5 Disember lalu, telah ditemui meninggal dunia dan pihak polis sahkan dia mati dibunuh.

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Zayn Rayyan Pengsan Beberapa Kali Sejurus Terima Berita Penemuan Jasad Anaknya [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.