fbpx
Now Reading
Tular Video Kereta Peronda Polis Dibakar, Lelaki Dipercayai Mahu Raih Perhatian Di TikTok

Tular Video Kereta Peronda Polis Dibakar, Lelaki Dipercayai Mahu Raih Perhatian Di TikTok

Jelas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd Fakhrudin hasil ujian air kencing dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Morphine dan tiada sebarang rekod lampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (15 Februari) tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang didakwa telah bertindak membakar kereta peronda polis berdekatan kawasan parkir di Stesen MRT Mutiara Damansara, Selangor.

Menerusi video tersebut, wajah lelaki terbabit turut kelihatan gembira dengan menunjukkan kereta peronda yang sedang terbakar.

Susulan insiden tersebut, polis kemudian menahan suspek dalam kawasan flat Flora Damansara sebaik menerima laporan berhubung insiden itu pada 1.42 pagi, semalam (15 Februari).

Penahanan supek adalah untuk membantu siasatan.

Dia yang juga merupakan pekerja p-hailing tidak hanya didakwa membakar kereta peronda tetapi turut disyaki melakukan vandalisme apabila menconteng hentian bas.

Baca artikel berkaitan: Kereta Polis Bantuan Terbakar Dibaling Molotov Cocktail, Suspek Sudah Ditahan

Suspek positif dadah dan muat naik video di TikTok dipercayai untuk menarik perhatian

Terbaharu, tindakan yang dilakukan oleh suspek dipercayai untuk meraih perhatian di TikTok, lapor Kosmo.

Namun kebakaran yang membabitkan kereta peronda polis milik bantuan Prasarana itu berjaya dipadam dalam tempoh 10 minit selepas sebuah unit rondaan bermotosikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan sebuah jentera Bomba dan Penyelamat Damansara dihantar ke lokasi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abd Hamid ekoran daripada kejadian itu pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan khianat dengan api.

“Hasil siasatan ke atas suspek terlibat mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian saringan air kencing didapati positif dadah jenis Morphine.

“Suspek juga telah memuat naik video kebakaran yang berdurasi lima saat di dalam aplikasi TikTok dipercayai akaun milik suspek,” katanya.

Tukul besi dan botol air mengisi petrol turut dirampas

Jelas beliau lagi, polis turut merampas beberapa peralatan seperti tukul besi dan botol air mengisi petrol yang disyaki digunakan dalam kebakaran kereta peronda berkenaan.

Walau bagaimanapun motif insiden masih dalam siasatan polis. Tambah beliau, mana-mana orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03 7966 2222.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.