fbpx

Kereta Polis Bantuan Terbakar Dibaling Molotov Cocktail, Suspek Sudah Ditahan

Suspek juga disyaki menconteng dinding hentian bas dengan perkataan tidak senonoh dan berbaur anti-kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis mengesahkan satu insiden kereta polis bantuan terbakar selepas dibaling bom molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Petaling Jaya hari ini (15 Februari 2024).

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, Fakhrudin Hamid, pihaknya menerima laporan mengenai insiden pada jam 1.52 pagi tadi

Beliau memaklumkan pihaknya telah menahan seorang lelaki sekitar jam 12 tengah hari tadi di sebuah rumah di Flora Damansara.

“Suspek berusia 26 tahun itu disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar.”

Ketua Polis Petaling Jaya, Fakhrudin Hamid

Suspek Conteng Dinding Hentian Bas Dengan Perkataan Berbaur Lucah

Fakhrudin berkata suspek yang merupakan pekerja p-hailing itu turut melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas, lapor FMT.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, dinding hentian bas tersebut diconteng suspek dengan perkataan tidak senonoh dan berbaur anti-kerajaan.

Tambah Fakhrudin, pihak polis juga telah merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam insiden tersebut.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.”

Ketua Polis Petaling Jaya, Fakhrudin Hamid

Suspek Dakwa Puas Hati Dengan Insiden

Terdahulu, satu video memaparkan seorang lelaki berhampiran kereta polis bantuan yang terbakar tular di laman X.

Lelaki itu membuat pengakuan membakar kereta berkenaan dan mendakwa berpuas hati dengan tindakannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.