fbpx

Takut Kantoi Hamil, Pelajar Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Kononnya Diri Dirogol

Menurut Ketua Polis Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, pelajar berkenaan tersebut telah didapati hamil lima minggu selepas membuat pemeriksaan di Hospital Jempol.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana takut status kehamilan diketahui, seorang pelajar wanita berusia 20 tahun tekad membuat laporan palsu mendakwa dirinya telah menjadi mangsa rogol kepada seorang lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Batu Kikir pada jam 7.26 malam, 16 Januari.

Susulan daripada laporan yang diterima, polis lalu melakukan siasatan, termasuklah merakam keterangan pelajar berkenaan berhubung dakwaannya yang telah dirogol pada 6.15 petang, 16 Januari.

Pelajar kantoi hamil lima minggu lepas buat pemeriksaan di Hospital Jempol

Dakwa wanita terbabit kejadian tersebut berlaku di sebuah kediaman yang terletak di Kampung Serting Ilir, Bahau.

“Pelajar itu mendakwa dirogol selepas kediaman dimasuki lelaki tidak dikenali yang memakai pakaian berwarna hitam dan topeng.

“Pihak forensik yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai spesimen atau cecair air mani di tempat kejadian.

“Pelajar itu kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan hasil mendapati pelajar itu tidak mengalami kecederaan sebaliknya sudah mengandung lima minggu,” jelasnya, dipetik Harian Metro.

Mengandung hasil seks dengan teman lelaki

Ujar Hoo, polis kemudian membuat pemeriksaan pada telefon bimbit wanita berkenaan sebelum mendapati terdapat perbualan antara dia dan teman lelaki yang mencurigakan.

Walau bagaimanapun rahsianya terbongkar selepas polis mendapati pelajar berkenaan membuat laporan palsu.

“Pelajar itu membuat laporan palsu disebabkan sudah mengandung hasil daripada seks dengan teman lelakinya dan takut diketahui keluarga.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Polis turut akan memohon perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya sebelum meneruskan siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.