fbpx
Now Reading
Remaja 15 Tahun Dakwa Dirogol Dua Lelaki Warga Asing Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan

Remaja 15 Tahun Dakwa Dirogol Dua Lelaki Warga Asing Sebelum Ditinggalkan Di Taman Permainan

Menurut polis, mangsa dirogol dalam sebuah kereta Proton Preve di tepi pantai dekat Klebang, Melaka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja yang berusia 15 tahun mendakwa dirinya diperkosa oleh dua warga asing selepas dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan Klebang, Melaka.

Dia kemudiannya ditinggalkan di sebuah taman permainan di Batu Berendam, Melaka.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Haji Zainol Haji Samah pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 15 September.

Mulanya keluar dengan suspek pertama untuk bersiar-siar sebelum berjumpa seorang lagi lelaki warga asing

Menerusi siasatan yang dilakukan, remaja berkenaan awalnya telah keluar dari rumah pada jam 2.00 petang, 14 September untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki warga asing (suspek pertama) yang dikenalinya dengan menaiki sebuah motosikal.

Mereka kemudian berjumpa dengan seorang lagi lelaki warga asing (suspek kedua) yang dikenali di sebuah restoran berdekatan Klebang, Melaka.

Mangsa dirogol dalam kereta sebelum di tinggalkan di taman permainan

“Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki Proton Preve dipandu suspek kedua, sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.

“Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Jelas Zainol, menerusi pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar perubatan, Hospital Besar Melaka mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Polis tahan reman dua lelaki berusia 14 dan 27 tahun

Pihak polis kemudian menahan dua warga asing tersebut yang berusia 14 tahun dan 27 tahun bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan merogol yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat.

Permohonan reman telah dibenarkan selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 September.

“Suspek pertama seorang penganggur dan suspek kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.