fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Terlalu Comel, Budak Perempuan Umur 2 Tahun Di Indonesia Dirogol

Hanya Kerana Terlalu Comel, Budak Perempuan Umur 2 Tahun Di Indonesia Dirogol

Perbuatan keji suspek mula terbongkar apabila mangsa mengadu mengalami sakit dan tidak selesa ketika membuang air kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak sememangnya sinonim dengan tingkah laku dan paras rupa yang comel. Kecomelan yang ada pada mereka mudah menarik perhatian dan membuatkan sesiapa sahaja boleh tertawan.

Namun, ada juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sanggup menganiaya dan merosakkan kehidupan anak kecil semata-mata mahu memuaskan nafsu sendiri.

Tergamak Rogol Budak Perempuan Umur 2 Tahun Kerana Comel

Kerana tidak tahan dengan kecomelan, seorang lelaki di Indonesia tergamak merogol kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun.

Pemuda yang berusia 27 tahun itu didakwa melakukan perbuatan keji tersebut di rumahnya sendiri yang terletak di Lubang Buaya Cipayung Jakarta Timur.

Suspek mendakwa tidak tahan melihat kecomelan dan tingkah laku kanak-kanak tersebut hingga mendorongnya untuk merogol mangsa.

Umpan Mangsa Dengan Menonton Video Youtube Di Rumah

Memetik JatengTribunnews, suspek dan mangsa saling mengenali antara satu sama lain kerana kediaman mereka yang terletak berhampiran.

Detik kejadian bermula apabila suspek mengumpan dan mengajak mangsa menonton video YouTube di dalam bilik rumahnya.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Jakarta Timur yang dikenali sebagai Gunarto, suspek yang tinggal bersama keluarganya melakukan perkara terkutuk itu sewaktu mangsa sedang berbaring menonton video.

“Suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu semasa mangsa dalam keadaan baring. Suspek menahan dan memeluk mangsa.

“Semasa memeluk mangsa, suspek melakukan perbuatan kejinya itu,” jelas Gunarto.

Mangsa Mengadu Tidak Selesa Ketika Membuang Air Kecil

Perbuatan keji suspek mula terbongkar apabila mangsa mengadu mengalami sakit dan tidak selesa ketika membuang air kecil.

Kanak-kanak malang itu mengaku suspek ada melakukan sesuatu ketika ditanya oleh ibu bapa mangsa.

Suspek Telah Ditahan

Ekoran daripada itu, ibu bapa mangsa terus membuat laporan polis. Dia kemudiannya ditahan pada 23 Oktober yang lalu.

Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh suspek, dia mengakui telah merogol kanak-kanak berkenaan sebanyak dua kali.

Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Perkara 76E bersama Perkara 82 Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara.

Baca Artikel Berkaitan: Budak Umur 12 Tahun Dakwa Dirogol Lelaki Baru Kenal Dalam Aplikasi Cari Jodoh

Baca Artikel Berkaitan: Padah Rogol Dua Anak Kandung, Lelaki Dihukum Penjara 36 Tahun Dengan 20 Sebatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.