Lelaki Cari Anak Kucing Untuk Diberi Makan Pada Ular Peliharaan Buat Ramai Bengang

Kucing merupakan salah satu haiwan yang paling banyak dipelihara di seluruh dunia. Wajah yang comel serta telatahnya yang mencuit hati sudah cukup untuk memikat hati para peminat ‘si bulus’ ini untuk membelanya.

Selain itu, kucing juga antara haiwan yang senang untuk diperolehi untuk dijadikan haiwan peliharaan. Di Malaysia, kucing cukup dilindungi sehingga ada sesetengah pihak sanggup mengambil kucing terbiar di jalanan untuk dibela dan diberi perlindungan secukupnya.

Sanggup bagi makan anak kucing pada ular peliharaan

Bagaimanapun, siapa menyangka bahawa masih ada individu di Malaysia yang tidak berhati perut sanggup menjadikan anak kucing sebagai makanan untuk ular peliharaannya

Menerusi perkongsian tangkap layar di laman Twitter akaun @vvnloll, dia tidak menyangka bahawa perkara sebegini boleh terjadi di Malaysia dan meminta orang ramai untuk berhati-hati.

“Korang, ada seorang lelaki berusia lingkungan 20-an mencari anak kucing untuk diberi makan pada ular peliharaannya. Hati-hati! Benda ni terjadi di Malaysia.”

Pengguna Twitter, vvnloll

Menerusi gambar tangkap layar itu, lelaki terbabit membalas ciapan seorang wanita yang ingin menyertai community pencinta reptilia bagi tujuan bersembang dan bersantai sambil berkongsi tentang minat mereka itu.

Lelaki bagi tips cari kucing atau arnab percuma sebagai makanan ular

Bagaimanapun, lelaki terbabit membalas ciapan itu dengan memberi tips kepada wanita tersebut agar mengambil kucing atau arnab secara percuma untuk diberi makan pada ular peliharaan.

“Saya dan kawan sentiasa pergi mendapatkan anak kucing percuma (atau arnab) untuk diberikan kepada ular kami,” tulis lelaki itu tanpa rasa bersalah.

Cari anak kucing dengan alasan untuk pelihara tapi sebaliknya dijadikan makanan

Lelaki itu juga dilihat mencari anak kucing menerusi laman Twitter dengan alasan untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan menemai haiwannya yang kesunyian.

Lebih mengejutkan, menerusi satu lagi ciapan di laman Twitter lelaki terbabit, dia mendakwa sudah menjumpai anak kucing yang dimahukannya.

Namun kenyataan itu dalam masa dilihat merujuk kepada satu tweet lama yang mana dia mahu menyajikan reptilia itu dengan makanan selain tikus.

“Cian Helga asyik makan tikus je kan. Nanti abah bagi makan sedap-sedap ye lepas dapat dua ketul tu,” tulisnya pada ciapan terdahulu.

Netizen kecam lelaki terbabit, mohon pihak berkuasa ambil tindakan

Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai tiada hati perut kerana menjadikan anak kucing sebagai makanan kepada ular.

Pada masa sama, mereka juga inginkan lelaki terbabit ditangkap serta menerima hukuman daripada pihak berkuasa kerana menzalimi binatang seperti kucing.

Sementara itu, wanita yang fotonya tular mahu mencari grup komuniti pencinta reptilia itu turut tampil menafikan dia terlibat dengan perkara tersebut. Sebaliknya dia menjelaskan niatnya hanyalah untuk berjumpa kawan-kawan yang meminati reptilia sahaja.

Jelas wanita itu lagi, kebanyakan individu yang memelihara ular di Malaysia hanya memberi makan haiwan peliharaan mereka dengan tikus sahaja.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

21 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago