Tular Peniaga Di Madinah ‘Agresif’ Paksa Orang Beli Barang, Rupanya Ramai Pernah Jadi Mangsa [Video]

Antara impian umat Islam di seluruh dunia pastinya untuk menunaikan Umrah atau Haji di Tanah Suci.

Bagi yang berpeluang ke sana pula, pasti akan menunaikan ibadah sepenuh hati serta tidak melepaskan peluang membeli sedikit cenderahati sebagai kenangan.

Hati-hati ketika shopping di Madinah, ada peniaga agresif paksa beli barang

Bagaimanapun, semalam (28 Februari) tular satu video di media sosial seorang lelaki meminta agar orang ramai berhati-hati ketika ingin berbelanja di sekitar kawasan Madinah kerana terdapat segelintir peniaga bertindak agresif memaksa orang membeli barangannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @fasrol44, lelaki terbabit merakam tindakan seorang peniaga yang enggan memulangkan kembali duit miliknya.

“Hati-hati yang mana ada dekat Madinah tu, mesti ramai yang dah terkena. Jaga-jaga jalan depan kedai ni, main tarik-tarik orang paksa orang suruh beli pastu ambik duit dekat tangan orang.”

Peniaga paksa lelaki tersebut mematikan rakamannya

Pada video sama, kelihatan peniaga terbabit memaksa agar lelaki tersebut mematikan rakaman yang dilakukannya selain mengugut akan memanggil pihak berkuasa.

“Bila minta pulangkan balik taknak, bila minta pulangkan elok-elok taknak, bila dah rakam baru tau nak gelisah. Macam ni orang berniaga pun ada ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dekat pihak berwajib sebelum ramai lagi yang terkena.”

@fasrol44

HATI2 Yg mana ad dekat madinah tu, mesti ramai yg dh terkena Jaga2 jln dpn kedai ni,main tarik2 org pakse org sruh beli pastu ambik duit dkt tgn org,bila mntak pulangkan blk taknak,bila mntak pulangkn elok2 taknak bile dah rakam bru tau nk gelisah,macam ni org berniaga pom ad ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dkt pihak berwajib sebelum ramai lagi yg terkena. #madina #madinah

♬ original sound – hamba Allah – hamba Allah

Dakwa ditarik masuk ke dalam kedai dan duit dirampas dari tangan

Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut hanya berjalan di hadapan kedai berkenaan sebelum secara tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam premis yang menjual pakaian itu.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut mendakwa duit yang dipegang di tanganya diambil oleh peniaga terbabit walhal barangan masih belum diberikan.

Ramai yang pernah kena nasib yang sama?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang pernah menunaikan Umrah dan Haji turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui oleh mereka semasa berada di Tanah Suci.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

8 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

45 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

1 hour ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago