Ismail Sabri Gesa RoS Buat Keputusan Usul Tidak Bertanding PAU 2022

Sebelum ini, majoriti pewakilan UMNO telah bersetuju untuk meluluskan usul agar jawatan tertinggi iaitu Presiden serta Timbalan Presiden untuk tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Oleh itu, ini menunjukkan jawatan yang disandang oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan itu kekal selama tempoh dua tahun lagi.

Baca artikel berkaitan: Sah! Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Umno Tidak Dipertandingkan

Ismail Sabri minta keputusan RoS dibuat segera

Terbaharu Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dibuat segera berhubung usul dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO, 18 Mac ini.

Memetik laporan Berita Harian, beliau memaklumkan sekiranya RoS yang ditetapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berkenaan tidak sah, berkemungkinan ramai yang mahu merebut jawatan itu termasuklah mereka yang menjadi calon bagi jawatan Naib Presiden.

“Justeru, RoS perlu membuat keputusan dengan cepat mengenai perkara itu dan jika ia tidak sah (melarang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO), RoS mempunyai kuasa untuk mengangguhkan pemilihan.

“Susulan itu, UMNO perlu membuka semula pencalonan untuk semua jawatan,” ujar kepada BH.

Tak pertahan jawatan kerana berpegang pada pendirian

Ketika ditanya berhubung keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan pada pemilihan yang diadakan pada tahun ini, beliau menyatakan ia sejajar dengan pendiriannya yang menyatakan usul itu tidak berpelembagaan.

“Jika saya masuk bertanding jawatan Naib Presiden, macam saya sendiri restui keputusan PAU, sedangkan saya kata keputusan itu tidak berpelembagaan,” jelasnya.

Terdahulu pihak RoS memberikan masa selama 60 hari bermula dari 20 Januari 2023 kepada UMNO untul menampilkan maklumat berkaitan ekoran terdapat aduan berhubung dua ahli parti berkenaan yang meminta semakan dibuat berhung usul terbabit.

Pada 15 Februari lepas, Zahid Hamidi menyatakan parti berkenaan yakin RoS bakal meluluskan usul tersebut disebabkan UMNO patuh kepada setiap peraturan mesyuarat yang ditetapkan serta selari dengan perlembagaan UMNO selain turut berkata penjelas juga telah dilakukan kepada RoS.

Nafi dakwaan ingin bersara dari politik

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyangkal dakwaan segilintir pihak yang menyatakan beliau ingin bersara dari dunia politik malah menegaskan akan tetap aktif sebagai Ahli Parlimen Bera meskipun tidak lagi memegang jawatan Naib Presiden.

Jelasnya, beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera sebaik sahaja menang tanpa bertanding.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO Bera yang menyatakan beliau merupakan satu-satunya calon bagi jawatan terbabit selepas mereka tidak menerima sebarang permohonan pencalonan sebelum ia ditutup jam 5 petang pada 26 Februari lepas.

“Saya masih Ahli Parlimen Bera, Jadi saya akan terus menjalankan tugas sebagai ketua bahagian. Tiada sebab untuk bersara, saya tidak pernah kata hendak bersara, cuma saya beri bayangan tidak bertanding sebagai Naib Presiden,” ucapnya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

1 hour ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

2 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago