15 Tahun Terputus Hubungan, Wanita Tak Sangka Jumpa Sahabat Lama Di Depan Kaabah [Video]

Kata orang sahabat merupakan insan yang sentiasa berada dekat dengan kita selain ahli keluarga.

Namun selepas menginjak dewasa ada di antara kita perlu berpindah atau menjalani kehidupan masing-masing hingga terpisah jauh dari sahabat sejati.

Saat kejauhan pasti membuatkan hati terasa rindu dan berharap agar boleh berjumpa semula. Namun dengan kuasa dan izin Allah SWT lambat laun pasti akan bertemu juga.

Wanita jumpa semula sahabat ketika belakar selepas 15 tahun

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Maria Muda apabila dia berjumpa semula dengan sahabatnya selepas 15 tahun terpisah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan rakannya yang berada di hadapan Kaabah ketika itu seperti sedang mencari susuk tubuh Maria Muda di dalam lautan manusia yang ramai.

Saling berpelukan sebaik sahaja berjumpa

Sebaik sahaja melihat Maria, rakannya itu terus mendapatkannya dan mereka berpelukan antara satu sama lain dan kelihatan sangat gembira.

Menurut Maria, rakannya itu dikenali ketika menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor pada tahun 2003 dan 2004.

Namun jelasnya dia tidak dapat meneruskan pengajian di UiTM selepas membuat keputusan untuk mengikuti latihan menjadi jururawat pelatih.

“Ketika itu kami tinggal di kolej sama. Selepas saya keluar dari UiTM dan mengikut latihan jururawat, kami masih berhubung dan berjumpa.

“Tapi seleapas itu kami tak jumpa lagi, bawa haluan masing-masing. Saya kerja di Pulau Pinang dan dia pula di Melaka ketika itu.

“Saya tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa, tapi kira-kira 15 tahun. Masa saya masih belajar kejururawatan dan belum berkahwin,” kongsinya ketika dihubungi mStar.

Jelas Maria, keberadaannya di tanah suci itu adalah bersama ibu yang berusia 71 tahun dan mereka mengikuti rombongan umrah di Tanah Suci pada 4 Februari lepas.

Rakan beritahu akan ke Mekah selepas lihat status di Facebook

Kata wanita ini ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dia ada memuat naik hantaran di dalam Facebook mengenai keberangkatannya ke Mekah.

“Kami berdua adalah rakan di Facebook, tapi tak berjumpa pun dan tinggalkan komen pun kadang-kadang je. Masing-masing juga tinggal berjauhan dan sudah berkeluarga.

“Saya muat naik gambar di KLIA sebelum berlepas. Kemudian, saya dapat DM (Direct Message) daripada dia, maklumkan akan turut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

“Dia tiba ke Mekah dari Malaysia sekitar 10 Februari, manakala saya juga sampai di Mekah tapi dari Madinah pada tarikh sama,” katanya dan memperkenalkan nama rakannya iaitu Afir Ahamad, 38 tahun.

Jelas Maria, pada awalnya mereka merancang untuk berjumpa pada 11 Februari di Kaabah namun Maria tiba-tiba berasa kurang sihat lalu menangguhkan pertemuan ke esok harinya.

“Kami dah rancang untuk berjumpa di depan Kaabah. Sepatutnya jumpa dia pada hari tu, tapi saya demam dan pening pula. Jadi saya hanya berehat di bilik hotel.


“Esok malam (12 Februari) baru kami jumpa. Kami rancang nak buat tawaf sunat bersama-sama.. Alhamdulillah dapat lakukannya dengan keadaan kesihatan saya yang semakin baik,” ujarnya.

Sifatkan pertemuan bersama sahabat sangat bermakna

Mengingatkan semula kenangan ketika melakukan umrah buat pertama kali itu, Maria yang juga seorang usahawan meluahkan rasa syukur kerana dapat bertemu rakannya dan menyatakan pertemuan lebih sejam tersebut sangat bermakna.

“Saya gembira sangat, bersyukur. Tak dapat nak digambarkan kegembiraan itu apabila berpeluang jumpa sahabat kita, di hadapan Kaabah pula tu.

“Sahabat saya ni seorang yang penyayang dan mengambil berat macam dulu. Masa saya tak sihat di Mekah pun dia masih tanya khabar dan sanggup hantar makanan kepada saya.

“Saya anggap ini sebagai rezeki berganda, Alhamdulillah. Mungkin ini juga menjadi permulaan untuk kami terus berhubung selepas pulang ke Malaysia,” jelasnya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang tidak sangka dengan pertemuan tersebut dan menyifatkan sungguh besar kuasa Allah SWT.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi tentang pengalaman mereka berjumpa orang yang dikenali ketika berada di tanah suci.

“Saya jumpa kawan saya dekat atas gua hira”

“15 tahun tak jumpa, jumpa di depan Kaabah.. Allahuakbar.. indahnya cerita akak berdua”

“Alhamdulillah bertemu di rumah Allah”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

21 mins ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

1 hour ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago