Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dilaporkan ditahan di sebuah hospital di Terengganu sejak semalam (16 Mac) kerana mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman di paru-paru dan jantung bengkak.
ADUN Wakaf Mempelam (PAS), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah antara individu yang menziarahi UAI dan berkongsi perkembangan kesihatan penceramah terkenal itu.
Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, beliau melaporkan keadaan kesihatan UAI semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
“Alhamdulillah, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital,” katanya.
Jelasnya lagi, UAI juga sempat bergurau senda bersama mereka sambil menceritakan situasi yang sedang dilaluinya kini.
“Sewaktu ziarah Al-Fadhil Ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini,” katanya lagi.
Pada masa sama, Wan Sukairi juga tidak melepaskan peluang berkongsi beberapa gambar beliau bersama UAI di laman Facebook untuk tatapan ramai.
Meskipun keadaan penceramah popular dari Terengganu itu sudah semakin stabil, namun beliau tetap memerlukan pemantauan rapi dari hospital.
Difahamkan, satu kuliah agama yang sepatutnya diadakan semalam di Masjid Kampung Bukit Tadak, Kuala Telemong, Marang juga ditangguhkan kepada satu tarikh lain disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi UAI.
Terdahulu, BuzzKini melaporkan satu kuliah maghrib UAI yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di Selangor terpaksa dibatalkan kerana beliau tidak mempunyai tauliah berceramah atau mengajar agama Islam di negeri itu.
Selain UAI, penceramah terkenal Ustaz Wadi Anuar juga berhadapan dengan nasib sama apabila majlis ceramahnya di dua buah masjid di Selangor terpaksa dibatalkan atas sebab tidak mempunyai tauliah.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Batal Kerana Tiada Tauliah Mengajar Agama – JAIS
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…