Sekitar bulan Februari lalu, kami ada berkongsi berita menarik khusus untuk peminat kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu ARMYs yang mana LEGO akan melancarkan set permainan kumpulan itu dalam masa terdekat.
Akhirnya pada Mac, LEGO IDEAS BTS Dynamite secara rasmi mula dijual kepada peminat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Baca artikel berkaitan: Pasti Buat ARMY Tak Senang Duduk! LEGO Lancar SET BTS Dynamite
Yang menariknya BuzzKini telah diberi peluang untuk mengulas mengenai set permainan 21339 BTS Dynamite yang kami pasti akan menjadi koleksi wajib buat ARMYs dan peminat LEGO.
Sebaik menerima kotak permainan tersebut, kami merasakan Set 21339 dengan 749 bongkah ini begitu ekslusif dan menyerupai gambaran LEGO sebelum ini yang mana ia mencerminkan Bangtan Boys di dalam Video Muzik (MV) Dynamite.
Lengkap dengan 7 karakter LEGO yang mewakili kesemua anggota BTS seperti RM (Namjoon), Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook, set ini turut mengandungi replika venue yang terdapat di dalam MV seperti:
Dari segi kualiti, set permainan LEGO IDEAS BTS Dynamite yang diilhamkan dua peminat setia BTS dan LEGO, Josh Bretz (JBBrickFanatic) and Jacob Twerski (BangtanBricks) sememangnya berkualiti tinggi dan begitu terperinci.
Kenapa kami katakan ia begitu terperinci? Kerana ia turut mengandungi ‘props’ tambahan yang terdapat di dalam MV seperti:
Ini membuatkan timbulnya perasaan seolah-olah BTS berada bersama anda walaupun di dunia nyata ketika ini mereka mungkin sibuk dengan kerjaya solo, melakukan dokumentari dan menjalani perkhidmatan ketenteraan.
Secara keseluruhannya kami menghabiskan hampir satu jam setengah untuk menyiapkan set permainan yang dipecahkan kepada empat bahagian itu.
Apa yang boleh kami katakan, aktiviti memasang dan menyiapkan Set 21339 LEGO BTS Dynamite ini bukan sahaja menyeronokkan malah sebaik disiapkan boleh menjadi decor tambahan di dalam rumah atau bilik anda.
Jika sebelum ini kita hanya dapat menonton BTS dan MV Dynamite di Internet, kini BTS dan MV Dynamite di dalam rumah kita! Menarik bukan?
Set ini dijual pada harga RM449.90 (RRP) dan boleh didapati secara fizikal di Lego Certified Store seperti Box Of Bricks, Brick Magic dan kedai di Legoland Malaysia atau secara online di laman rasmi LEGO atau kedai rasmi mereka di Shopee dan Lazada.
Baca artikel berkaitan:
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…