Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Putri Dahlia yang kini turut bergelar penyanyi meluahkan rasa teruja apabila lagu single nyanyiannya bersama Yuji iaitu Old Love mendapat perhatian salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu Jungkook.
Putri Dahlia menerusi satu hantaran di Instagram turut memuat naik video sewaktu Jungkook mendengar lagunya itu.
Di dalam video tersebut, Jungkook dilihat sedang berinteraksi secara langsung bersama peminatnya atau lebih dikenali sebagai ARMYs menerusi aplikasi Weverse.
Namun sebaik mendengar Old Love, ahli BTS yang begitu popular itu memuji lagu berkenaan sebelum memaklumkan akan menyimpan single itu di dalam playlist lagunya.
“Oh ia (lagu Old Love) bagus. ARMY’s tahu banyak lagu-lagu menarik. Saya akan simpan lagu ini di dalam library saya,” kata Jungkook kepada peminatnya.
Perkara sama turut dikongsikan salah satu akaun ARMY Malaysia di Twitter. Malah ramai turut tidak menyangka jejaka idaman ramai itu akan menyukai lagu Old Love tersebut.
Semakan kami di laman IG Putri Dahlia mendapati terdapat banyak komen yang diterima dari kalangan peminat BTS dan juga selebriti di Malaysia sendiri.
Bahkan ibunya, Datuk Nora Ariffin turut berbangga apabila lagu nyanyian anak Putri Dahlia mendapat perhatian penyanyi antarabangsa.