![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/01/Sam-Tsui-nyanyi-lagu-Siti-Nurhaliza.jpg)
Ramai Teruja Lihat Sam Tsui Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza [Video]
Menerusi video tersebut kedengaran setiap perkataan yang disebutkan oleh Sam ketika menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa sangat jelas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang nama Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti ramai yang akan teringat lagu-lagu nyanyiannya.
Malah penyanyi terkenal ini juga dikenali di pelbagai negara selain turut mempunyai peminat tersendiri seperti di Indonesia, Singapura dan banyak lagi.
Sam Tsui jadi perhatian nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa dari Siti Nurhaliza
Apa yang lebih menarik baru-baru ini, penyanyi dan penulis lagu daripada Amerika Syarikat iaitu Sam Tsui telah menyanyikan salah satu lagu Siti Nurhaliza sehingga ia menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sam Tsui di TikTok rasminya, penyanyi itu mengadakan konten menyanyikan lagu daripada 195 negara.
Bagi negara yang ke-73 iaitu Malaysia, Sam Tsui telah memilih untuk menyanyikan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Bukan Cinta Biasa.
Nyanyi dengan sebutan yang sangat jelas
Dalam video tersebut turut kedengaran penyanyi berkenaan mula menyanyikan lagu tersebut dengan mengambil bahagian korus dan ia dinyanyikan dengan baik.
Malah apa yang lebih membuatkan ramai teruja, meskipun berasal dari Amerika tetapi Sam menyanyikan lagu tersebut dengan perkataan yang sangat jelas dan langsung tidak kedengaran pelat.
Perkara sama turut didengari dari pasangan duetnya yang turut bernyanyi sama.
@thesamtsui Representing #Malaysia it’s our attempt at #bukancintabiasa by #sitinurhaliza – #malaysiatiktok #malaysianmusic #global #singers #lagu #malay #internationalsongs
♬ original sound – Sam Tsui
Ramai puji sebutan Sam ketika nyanyi lagu Bukan Cinta Biasa
Mengintai di ruangan komen, ramai yang memuji nyanyi Sam kerana sebutan yang sangat jelas.
Ada juga yang mengatakan Siti Nurhaliza pasti merasa bangga saat mendengar nyanyian semula Sam untuk lagunya itu.
Tidak kurang juga ada menyifatkan penyanyi antarabangsa itu kini boleh diiktiraf sebagai rakyat Malaysia kerana sebutan yang sangat jelas.
Untuk makluman, Sam Tsui sebelum ini sering tampil di YouTube menyanyikan semula lagu daripada beberapa artis terkenal.
Malah dia juga pernah berduet bersama penyanyi Malaysia iaitu Daiyan Trisha dalam menghasilkan ‘cover song’ seperti Rewrite The Stars dan juga Memories sekitar empat tahun lalu.
“Saya rasa Datuk Siti Nurhaliza akan terima nyanyian semula awak”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/01/Sam-Tsui-1.jpg)
“Mereka nyanyikannya dengan sebutan yang sempurna. Anda kini ‘Malaysian'”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/01/Sam-tsui-2.jpg)
“Sempurna, terima kasih daripada Malaysia”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/01/Sam-Tsui-3.jpg)