fbpx

Penyanyi & Rapper Terkenal Dedikasi Lagu ‘Keranamu’ Khas Buat Anwar Ibrahim [MV]

Lagu Keranamu nyanyian MK, Yonnyboii, Sufian Suhaimi, Meerfly, dan Dani Kurama itu didedikasikan khas buat PMX sebagai tanda penghormatan untuk perjuangan beliau dalam arena politik negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rapper terkenal, Caprice hari ini (9 Ogos) telah berkongsi sebuah Video Muzik (MV) single terbaharu nyanyian rakan penyanyi iaitu MK, Yonnyboii, Sufian Suhaimi, Meerfly, dan Dani Kurama.

Yang menariknya lagu bertajuk Keranamu itu didedikasikan khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara ringkasnya, MV Keranamu itu dilihat menceritakan perjalanan jatuh bangun karier politik Anwar selepas beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada September 1998 sehingga beliau kembali dipilih menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX).

Caprice yang memuat naik video tersebut di Instagram turut menzahirkan harapan agar PMX dapat mengubah Malaysia.

Dakwanya, ini kerana rakyat sudah bosan dengan isu politik yang terus melanda negara.

“Kita semua hanya mahukan kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita. Kalau hari-hari orang berpolitik, Malaysia ni tak akan ke mana-mana. Insya-Allah kita semua keluar undi dalam tiga hari di enam (6) negeri.”

Caprice

Ceramah PMX jadi intro MV

MV tersebut dimulakan dengan klip PMX ketika memberikan ucapan di Ceramah Perpaduan Hulu Kelang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Padang Taman Permata, Selangor baru-baru ini.

Ia kemudian disertakan dengan pelbagai klip video lama dan baru peristiwa-peristiwa membabitkan Anwar baik sewaktu penahanannya tiga dekad lalu, prosiding di mahkamah, era Reformasi sehinggalah ke majlis angkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 yang lalu.

Video berkenaan turut dikongsikan di laman YouTube Caprice iaitu @CapriceOriginalFilms dengan kapsyen, “From Prison to Putrajaya. This is the story of Malaysia’s 10th Prime Minister” sehingga mencuri perhatian ramai.

MV Keranamu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.