“Hebat Mak Kamu” – Kisah Mualaf ‘Muka Gangster’ Peluk Islam Direstui Ibu, Siap Teman Ke Masjid Undang Sebak [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang lelaki yang mendapat hidayah Allah SWT untuk memeluk agama Islam.

Menerusi satu hantaran video di laman TikTok @mukagengster, mualaf bernama Muhammad Mikhael Sathaya atau lebih dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ di media sosial itu telah berkongsi kisah perjalanan hidupnya.

Dari kecil sudah merasai kekosongan hati dan mencari erti sebenar kehidupan

Menurutnya, sejak daripada kecil lagi dia sudah merasakan kekosongan di hati menyebabkan dia sentiasa mencari erti kehidupan yang sebenar.

“Kenapa saya bukan macam orang lain, saya cuba mengisi kekosongan, tetapi kesakitan yang makin hari makin menjadi-jadi.

“Di luar nampak berjaya, nampak bekerjaya tapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya,” katanya.

Terdengar bisikan suara indah di suatu subuh

Menurutnya lagi, pada suatu hari ketika waktu subuh, dia mendengar bisikan suara indah yang berkata, “Aku yang cipta kamu, tapi ini Aku berikan pada kamu, terima sajalah”.

Dia yang awalnya bertanya mengenai persoalan daripada suara yang didengarinya itu bagaimanapun telah mendapat jawapan tetapi enggan menerimanya.

“Saya mencari dunia, saya mengejar dunia. Makin hari makin kosong hati saya dan makin gelap jiwa saya.

Namun, di saat Mikhael ingin menerima hidayah daripada Allah SWT, dia meminta keizinan dan restu daripada ibunya untuk memeluk agama Islam.

Ibu membenarkan dia memeluk Islam sambil tersenyum

Apa yang mengharukan, meskipun si ibu pada awalnya sedikit terkejut, dia tetap berlapang dada dan memberi kebenaran kepada Muhammad Mikhael untuk menganuti agama Islam.

“Terima kasih mak, terima kasih kerana menerima saya. Macam-macam mak dikecam, sampai ada yang kata mak dah takda anak, anak mak dah mati.

“Sampai ada yang kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.,” katanya lagi.

Ibunya nampak berubahan anaknya sejak memeluk Islam, diri mula rasa tenang

Ujar Mikhael, sejak memeluk agama Islam, ibunya dapat melihat perubahan positif yang berlaku dalam dirinya seperti jiwa sudah mulai tenang.

Tidak hanya itu, Mikhael juga berkata ibunya menghadiahkannya sejadah dan sanggup menemaninya ke masjid.

“Terima kasih mak, walaupun kita (kini) berlainan agama, mak tunggu di luar masjid. Saya cakap panas, mak cakap tak mengapa.”

Perkongsian kisah perjalanan hidup yang dikongsikan oleh Mikhael itu ternyata mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak mendengar kisahnya dalam mencari erti ketenangan hidup.

Tidak hanya itu, mereka juga mendoakan agar segala urusan Mikhael bersama ibunya dimudahkan serta sentiasa Istiqomah dalam mempelajari ilmu agama Islam.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

13 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago