Hakim Mahu Adakan Perbicaraan Di Rumah Atau Hospital Jika Siti Nuramira MC Lagi

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (22 Mac) memberi amaran akan mengadakan perbicaraan Siti Nuramira di hospital atau rumah sekiranya dia masih tidak hadir pada pada tarikh bicara seterusnya atas alasan sakit.

Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali sebagai Amy yang dituduh menghina Islam ketika membuat persembahan stand-up comedy pada penghujung tahun lalu tidak dapat hadir ke mahkamah untuk sesi pendengaran pada Selasa dan Rabu menjadikannya dua hari berturut-turut selepas diberi sijil cuti sakit (MC).

Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab Razak bagaimanapun tidak berpuas hati dengan maklumat yang terkandung dalam sijil cuti sakit tersebut kerana ianya tidak menyatakan bahawa Siti Nuramira dimasukkan ke Wad Kecemasan PPUM.

Beliau kemudiannya meminta pihak pembelaan untuk mengemukakan laporan kesihatan jika tertuduh masih tidak dapat hadir pada tarikh bicara seterusnya dengan alasan sama.

“Kes tangguh hari ini dan sambung bicara pada 17 April. Pihak pembelaan dan pendakwaan setuju tarikh ganti bicara hari ini dan semalam pada 26 serta 31 Mei ini, manakala jaminan terhadap tertuduh dilanjutkan.

“Ini kali kedua MC (termasuk semalam). Kalau masih lagi MC selepas 17 April, mungkin perlu tengok perbicaraan perlu dijalankan atau tidak, di hospital atau rumah dia (Siti Nuramira),” katanya dipetik dari Berita Harian.

Amy terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan

Terdahulu peguam, R Sivaraj yang mewakili Amy berkata wanita tersebut terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada malam tadi untuk menerima rawatan.

“Penjamin pergi ke hospital untuk dapatkan dokumen berkaitan untuk dikemukakan kepada mahkamah.

“Saya mendapat maklumat daripada penjamin bahawa selain salinan MC, ada resit bayaran rawatan di PPUM,” katanya.

Beliau pada perbicaraan semalam pula memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana mendapat MC akibat viral gastroenteritis yang menyebabkan tertuduh mengalami demam, muntah dan kekejangan perut.

Sehari sebelumnya seorang saksi, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, memberitahu mahkamah bahawa Nuramira sudah dimaklumkan mengenai peraturan tambahan Kelab Komedi Crackhouse termasuk mengelakkan topik sensitif dan elemen 3R (kaum, agama, dan royalti) ketika membuat persembahan, lapor The Vibes.

Untuk rekod, Siti Nuramira pada Julai 2022 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencetuskan ketidakharmonian agama, selepas video sketsanya melakukan stand-up comedy viral dan sohor di semua platform media sosial.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago