“Tersentuh Hati Saya,” – Murid Bawa RM1 Untuk Beli Makanan Di Sekolah Undang Sebak Orang Ramai [Video]

Sesi persekolahan bagi tahun 2023 telah bermula sejak 20 Mac yang lalu. Oleh itu, pelbagai gelagat pelajar yang dikongsikan oleh ibu bapa, guru dan kakitangan di sekolah.

Mana tidaknya selepas sebulan bercuti, minggu pertama ini pasti akan buat mereka tak sabar untuk berjumpa semula dengan guru dan rakan-rakan di sekolah.

Pelajar bawa RM1 nak beli makanan di kantin undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang murid perempuan yang hanya membawa RM1 sahaja untuk membeli makanan hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @apex.20 yang juga bekerja di kantin sebuah sekolah rendah kelihatan beberapa orang murid yang datang untuk membeli makanan.

Setiap kali pelajar datang membeli makanan, lelaki itu akan bertanya hidangan yang mana satu ingin dibeli oleh mereka sambil menyebutkan nama makanan dan harganya.

malah setiap kali murid tersebut membuat pembayaran, dia juga akan menunjukkan jumlah wang yang diambil serta baki yang dipulangkan.

Nak beli nasi ayam tapi bawa RM1 sahaja

Namun apa yang menjadi perhatian apabila terdapat seorang murid perempuan yang ingin membeli nasi ayam yang berharga RM2.

Pelajar itu kemudian memaklumkan dia hanya memiliki RM1 sahaja, tetapi lelaki berkenaan tetap memberikannya nasi tersebut dan berpesan agar membawa duit belanja lebih.

“Adik esok cakap dekat ibu bawa RM3, RM2 untuk beli makanan dan RM1 untuk membeli air.

“Yang ini abang belanja (tunjuk ke arah nasi),” katanya kepada murid tersebut.

Melihat di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan keadaan itu dan menyangkakan murid terbabit mungkin dari keluarga yang susah.

Tidak kurang juga ada yang bermurah hati untuk memberikan sedikit sumbangan kepada pelajar berkenaan.

“Tersentuh hati saya tengok adik yang bawak RM1 tu, mungkin dari keluarga yang susah”

“Kenapa video ni pun rasa sedih”

“Sedihnya, macam ni lah masa sekolah dulu”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

14 mins ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

33 mins ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

17 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

18 hours ago