Ibu Rayu Gadis 16 Tahun Pulang, Hilang Sejak 17 Mac Lalu

Kemaskini: Kes remaja ini kini dalam siasatan pihak berkuasa selepas dia disyaki menjadi mangsa rogol oleh bapa tirinya.

Artikel ini telah disunting demi menjaga identiti serta privasi mangsa dan keluarga.

Artikel lanjut di sini : Remaja Hilang Di Melaka Bulan Lalu Disyaki Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri, Suspek Suami Isteri Direman 7 Hari


Baru-baru ini tular di media sosial kes kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Taman Maju, Jasin, Melaka sejak 17 Mac lalu.

Orang ramai juga turut membantu dengan berkongsi gambar remaja terbabit di pelbagai platform media sosial.

Terbaharu, memetik Kosmo, ibunya yang berusia 40 tahun berharap agar anak perempuannya itu pulang semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang selamat.

Dakwa ada tegur anak guna telefon bimbit terlalu lama

Menurut si ibu sudah hampir seminggu anaknya itu menghilangkan diri. Dakwanya lagi, anaknya itu sebelum ini telah ditegur kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin. Pun begitu sehingga kini usaha menjejaki remaja berknenaan gagal menemui sebarang petunjuk dan petanda baik.

“Segala usaha kami sekeluarga tidak menampakkan sebarang tanda-tanda positif ***** akan ditemui termasuklah menjejaki menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, menampal poster di setiap stesen minyak dan kedai serbaneka 7-Eleven di pekan Jasin.

“Sebelum dia menghilangkan diri, saya ada tegurnya kerana menggunakan telefon bimbit terlalu lama, tetapi dia menjadi agresif serta meninggikan suara. Selepas itu dia minta maaf,” ujarnya ketika ditemui media semalam (23 Mac).

Sedar kehilangan anak lepas tengok pintu dapur terbuka luas dan pintu depan tak berkunci

Berkongsi lanjut, wanita itu berkata kehilangan anak perempuannya itu hanya disedari kira-kira pukul 12.30 malam (pada hari kejadian) selepas melihat pintu di bahagian dapur rumah luas terbuka dan pintu hadapan tidak berkunci.

“Saya tinjau melihat keliling rumah dan mendapati anak saya tidak ada di bilik tidurnya selepas puas dipanggil berkali-kali.

“Bimbang dengan keselamatan *****, saya dan suaminya masing-masing keluar menaiki kereta serta motosikal untuk mencari di sekitar kawasan rumah, namun tidak jumpa, rakan-rakan sekolahnya juga tidak tahu,” katanya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago