“Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau?” – Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Pukul Wanita [Video]

Kemelut antara pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan Farid Kamil masuk ke episod baharu apabila Syamsul baru-baru ini memaklumkan akan mengambil tindakan undang-udang terhadap rakan seindustrinya itu.

Syamsul Yusof dalam satu sidang media khas pada Rabu, 22 Mac memaklumkan akan mengheret Farid ke mahkamah berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: “Aku Nak Saman Kau” – Isu Pukul Wanita Nama ‘Diana’, Syamsul Yusof Mahu Heret Farid Kamil Ke Mahkamah

Terbaharu hari ini, Syamsul menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi kepada orang ramai video sewaktu sidang media khas yang diadakannya beberapa hari lalu.

Di dalam video tersebut, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia ada memukul wanita apatah lagi beliau juga mempunyai ibu, anak, dan adik beradik perempuan.

Bahkan dia menegaskan sekiranya dakwaan itu benar, dia pasti sudah dipenjara, sebaliknya ianya tiada bukti.

“Saya ada anak perempuan, saya ada ibu. Saya ada adik perempuan yang amat saya sayangi dan hormati mereka.

“Jadi jangan potray (gambarkan) saya ni kaki pukul. Sedar tak kenapa saya tak masuk penjara. Kenapa aku tak masuk penjara macam kau (Farid), sebab bukti tiada, benda tak betul.

“Boleh ke seorang selebriti jumpa sesiapa di tepi jalan, dan esoknya trus keluar ‘front page’ tanpa menghubungi saya, tanpa menyiasat,” kata Syamsul.

“Kau ada cerita kau aku ada cerita aku”

Malah dia mempersoalkan tindakan Farid Kamil membuka cerita lama walhal setiap orang mempunyai kisah silam tersendiri.

“Benda belas tahun dah berlalu. Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku dengan kisah ujian masing-masing, Move on! Nak saya buka ke cerita yang dah lama? Sebab kalau saya buka cerita lama, malu pihak di sebelah sana.”

Terdahulu Farid memuat naik satu perkongsian mengenai seorang lelaki yang menurutnya telah memukul seorang wanita bernama Diana.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya ayat tersebut dituju kepada Syamsul dan wanita bernama Diana yang dimaksudkan adalah isterinya Diana Danielle.

Farid turut mendakwa insiden tersebut menyebakan wanita itu trauma selain kes itu dipandang sepi apabila tiada sebarang tindakan diambil.

Sebagai rekod, pendedahan Farid itu dibuat selepas isteri pertama Syamsul, aktres, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul suaminya menyebabkannya nekad keluar rumah pada 2020.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

48 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

1 hour ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago