“Siap Kasut Kulit”- Lelaki Jepun Santai Pakai Sut Daki Gunung Kinabalu, Baju Kekal ‘On Point’ [Video]

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pakaian digunakan oleh sesetengah individu dalam misi pendakian ke gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu, Sabah.

Ada yang memakai kostum Iron Man dan ada juga yang lengkap berpakaian penghantar makanan foodpanda hanya untuk kelihatan lain daripada yang lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda Daki Gunung Kinabalu Pakai Uniform, Siap Bawa Bag Delivery [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Tular pendaki Jepun daki Gunung Kinabalu sambil pakai baju office

Terkini, tular pula di media sosial seorang pendaki warganegara Jepun telah mendaki dan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dengan memakai 3 piece sut seperti ingin ke pejabat.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @Lancelot_se, lelaki terbabit dilihat turut membawa beg bimbit berwarna hitam (briefcase).

Sempat berseloroh, konon naik ke atas sebab ada meeting

Lebih menghiburkan, ketika si perakam bertanya dari mana dia datang, pelancong berasal dari negara matahari terbit itu sempat berseloroh dengan mengatakan dia perlu menghadiri mesyuarat di atas puncak Gunung Kinabalu.

Meskipun dia tidak berpakaian seperti pendaki lain, namun beliau tetap berjaya menamatkan pendakiannya dengan selamat hingga ke atas puncak.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen juga berasa kagum dengan kesungguhan lelaki itu mendaki Gunung Kinabalu sambil berpakaian sebegitu.

Pakai Sut daki Gunung Kinabalu hanya marketing

Bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut berpakaian sebegitu hanyalah satu taktik ‘marketing’ bagi mempromosikan jenama sut yang sedang dipakainya.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, lelaki yang dikenali sebagai Nobutaka Sada itu berkata sut jenama SADA itu boleh dipakai untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Walaupun pendakian Gunung Kinabalu oleh lelaki terbabit sambil memakai sut hanyalah taktik marketing, pujian tetap harus diberikan kepadanya memandangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendaki gunung tertinggi di Malaysia tanpa peralatan atau pakaian khas.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago