Sempena Aidilfitri, Kempen Watsons ‘Rahsia Gaya Raya’ Tawar Diskaun Hingga 50% & Hadiah Bernilai RM5,888,888

Bersempena Hari Raya Aidifltri 2023 yang bakal menjelang, Watsons Malaysia membawakan kempen Watsons Rahsia Gaya Raya.

Kempen ini telah bermula pada 30 Mac 2023 sehingga 8 Mei 2023 sekaligus membawakan promosi yang menarik di kedai Watsons dan dalam talian.

Selain itu, mereka turut mempersembahkan sebuah filem jenama (brand film) bertajuk Rahsia Gaya Raya.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia Caryn Loh, Kempen Hari Raya Watsons pada tahun ini mencerminkan komitmen mereka dalam mengeratkan hubungan rakyat Malaysia menjelang musim perayaan.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh

“Filem jenama kami, Watsons Rahsia Gaya Raya, yang diilhamkan oleh karya detektif dan tema misteri, juga mengetengahkan kepentingan kasih sayang, kebersamaan dan mengatasi cabaran sebagai sebuah keluarga.

“Filem ini membawakan kisah dua beradik yang bersaing untuk kasih sayang dan persetujuan ibu mereka, dan melalui keazaman dan kerjasama, mereka mengatasi cabaran dan akhirnya membawa keluarga mereka erat semula.

“Kami berharap kisah yang menyayat hati ini akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang dan membina silaturrahim yang lebih kukuh sempena perayaan ini,“ kata Caryn Loh.

Filem jenama Watsons kali ini diinspirasi oleh misteri dan kegembiraan dan menampilkan Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat, Fyna Jebat dan pelakon terkenal seperti Didie Alias, Faizal Hussein & Nabil Mahir.

Watsons sumbang produk kesihatan dan kecantikan untuk golongan memerlukan

Tambah Caryn lagi, bersempena dengan Hari Raya ini, Watsons Malaysia juga berbesar hati untuk meneruskan komitmen dalam memberikan semula kepada komuniti terutamanya golongan yang memerlukan

“Kami amatlah teruja untuk mengumumkan yang kami telah meyumbang barangan kesihatan and kecantikan bernilai lebih daripada RM210,000 kepada 17 buah rumah kebajikan dan yatim di seluruh Malaysia bagi membawa semua keriangan dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, pasukan pengurusan dan kakitangan kami telah melawat Kampung Orang Asli Serendah untuk membina dua buah tandas awam dan mengalakan pengamalan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat. Kami berharap usaha kecil kami dapat memberi impak besar kepada kehidupan mereka yang kami hubungi dan meletakkan senyuman di wajah mereka pada sambutan Hari Raya ini,” tambah Caryn.

Masyarakat di Kampung Orang Asli Serendah, Selangor diberikan bengkel kesejahteraan dan kebersihan selain menerima pemeriksaan kesihatan daripada ahli farmasi Watsons.

Tambah Watsons, mereka komited untuk menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan, berbakti kepada masyarakat, dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Watsons tawar 50% diskaun

Sempena kempen ini, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50% di kedai-kedai dan secara dalam talian untuk semua pelanggan dan ahli kelab Watsons.

Semua orang boleh mengambil peluang bagi mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan kegemaran mereka pada harga yang tiada tandingan.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran & Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh, Watsons Malaysia membawakan pelbagai promosi hebat untuk semua ahli Kelab Watsons.

“Terdapat lebih banyak alasan untuk diraikan bersama kami kerana kami memberikan hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk dua (2) buah kereta dari Perodua, barang kemas yang menakjubkan dan baucar tunai daripada Poh Kong, Baucar Watsons apabila berbelanja RM80 keatas menggunakan kad VISA.

“Kemeriahan sambutan tahun ini diteruskan dengan lebih banyak tawaran kepada pelanggan dan ahli dengan penjimatan baucar Kesihatan & Kecantikan bernilai lebih daripada RM355. Bukan itu sahaja, dapatkan paket Raya percuma untuk ahli Kelab Watsons dan hadiah eksklusif percuma untuk ahli Elite dengan pembelian. Selain itu, beli anak patung Unik edisi terhad pada harga RM29.90 (atau dengan 8 e-setem dan tambah RM9.90 di dalam talian) dan hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit untuk tujuan yang baik,” kata Danny Hoh.

Filem kempen yang membawakan mesej utama sambutan gembira itu termasuk persembahan duet oleh Ayda dan Fyna Jebat. Ayda menambah, “Menjadi sebahagian daripada Watsons Rahsia Gaya Raya adalah pengalaman yang sangat istimewa bagi saya. Mesej di sebalik filem ini sangat dekat di hati saya kerana ia adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kebanyakan keluarga – pentingnya untuk sentiasa Bersatu dan mengatasi halangan bersama- sama sebagai sebuah keluarga. Saya harap filem ini akan menyentuh hati anda dan memberi inspirasi kepada anda untuk menghargai orang yang anda sayangi dan meraikan semangat kebersamaan.

Selain daripada promosi dan tawaran yang luar biasa ini, #KakiWatsons juga boleh menonton Resipi Raya Sihat yang dicipta oleh Chef Selebriti Sherson Lian, petua kesihatan dan kecantikan di Glow TV Rahsia Gaya Raya dan Jualan Watsons 4.4 khas yang berlangsung dari 4 hingga 6 April 2023. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba AR Filter Watsons Rahsia Gaya Raya dan pek pelekat Unik, yang sangat comel, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Muat turun di sini.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Watson di sini atau muat turun aplikasi Watsons di Apple Store, Google Play Store & Huawei Store.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

12 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

13 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

14 hours ago