“Aydan Tidur Dulu..” – Lukisan Anak Beri Petanda Akan Pergi Selamanya

Kehilangan insan yang disayangi merupakan suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Meskipun pahit ditelan kita sebagai manusia terpaksa reda dengan takdir yang sudah ditentukan.

Anak ceria tunjuk lukisan pada ibu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook dimuat naik oleh Wunny Amir yang memaparkan lukisan anaknya sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia.

Menerusi hantaran itu, si ibu menceritakan keceriaan anaknya yang dikenali sebagai Aydan Hadiff menunjukkan lukisan keluarganya sedang tidur di atas tilam.

Ibu kemudian bertanya mengapakah di dalam lukisan tersebut Aydan tidak mempunyai tangan dan kaki? Jawabnya kerana dia dibedung seperti bayi.

“Mama tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dan Aydan.. Ni Aydan tengah tidur,” kata Aydan.

“Comelnya.. kenapa Aydan tidur, mama dengan Ayah tak tidur?” tanya si ibu.

Lukis gambar dalam keadaan dibedung undang persoalan pada ibu

Dia kemudian menyatakan dia tidur dahulu dan nanti akan diikuti oleh kedua ibu bapanya.

“Kenapa tiada kaki dan tangan ni? soal si ibu lagi sebelum menjawab ia seperti yang dipakai oleh bayi kecil dan menyatakan dia akan menjadi bayi semula.

Namun siapa sangka, ternyata lukisan tersebut merupakan satu ‘hint’ atau gambaran bahawa dia akan pergi selamanya.

“Allahu.. rupanya bukan kain bedung tapi kain kapan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sebijik dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih.

Dipercayai terlibat dalam kemalangan di Bangi ketika dalam perjalanan untuk menunaikan Solat Tarawih

Dalam satu lagi hantaran yang tular di Twitter dimuat naik oleh Nur Syahira memaklumkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia dipercayai kerana terlibat dengan kemalangan di Bangi ketika dalam perjalanan untuk solat Tarawih di .

“Sedihnya baca hantaran isteri kawan aku. Anak dia meninggal sebab kemalangan nak pergi Tarawih. Motor langgar motor, kawan aku patah tulang peha, isteri dia sakit-sakit badan.

“Anak dia tak dapat diselamatkan, Al-Fatihah anak syurga,” ciapnya.

Di dalam ciapan tersebut, Syahira turut berkongsi satu tangkap layar menunjukkan bapa kepada kanak-kanak berkenaan meminta rakannya untuk mendoakan anak yang sedang bertarung nyawa ekoran dari kemalangan itu.

Melihat di ruangan komen, hantaran yang dimuat naik oleh Wunny Amir itu telah mengundang perhatian ramai apabila mereka turut berasa sedih dan mendoakan agar pasangan tersebut tabah dalam menghadapi dugaan.

“Salam takziah puan, Al-Fatihah buat Aydan”

“Sedihnya”

“Tiada kata yang mampu saya ucap bila kita kehilangan satu-satunya permata, penghibur dan penyejuk hati kita yang sentiasan membuat kita tersenyum dengan telatahnya…”

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, salam takziah semoga Allah SWT beri keuatan untuk keluarga Aydan”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago