Pelancong Kena ‘Game’, Dicaj RM120 Selepas Potong Rambut Dengan Warga Asing Di Bukit Bintang [Video]

Antara perkara yang sering dipesan apabila melancong ke luar negara adalah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan terutama ketika berurusan dengan orang tidak dikenali.

Hal ini kerana, ia bertujuan untuk mengelakkan diri dari terperangkap dengan sebarang penipuan yang boleh merugikan diri.

Pelancong ditipu oleh warga asing ketika gunting rambut di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai satu pasangan pelancong dari Filipina dan England yang ditipu selepas mendapatkan perkhidmatan gunting rambut daripada seorang warga asing di percayai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zoeandczar_, pada awalnya lelaki yang dikenali sebagai Czar mendapati harga untuk potongan rambut di kedai berkenaan bermula dengan harga RM19.

Lelaki yang memotong rambut itu kemudian berbual dengannya dan bertanya dari manakah mereka berasal dan beberapa lagi soalan lazim mengenai pelancong kepada mereka berdua.

Terkejut dikenakan RM120 untuk perkhidmatan potong rambut

Perbualan mesra itu kemudian mengejutkan mereka apabila tukang gunting itu menyatakan jumlah bagi perkhidmatan tersebut bernilai RM120.

Kata pasangan itu, mereka sebelum ini ada terdengar dengan insiden pelancong luar yang pernah ditipu apabila dicaj sebanyak RM250 oleh tukang gunting rambut yang lain.

“Kami kemudian bertanya kepada penduduk tempatan (Malaysia) adakah RM120 adalah harga untuk memotong rambut dan mereka menyatakan harganya tidak melebihi dari RM50,” tulisnya.

Gunakan alasan pelancong perlu bayar cukai

Czar lalu berkata kepada warga asing tersebut harga yang dikenakan kepadanya adalah terlalu mahal. Lelaki itu kemudian menggunakan alasan penduduk tempatan yang berniaga tidak dikenakan cukai.

Zoe kemudian bertanya adakah hanya pelancong luar sahaja yang dikenakan cukai untuk memotong rambut? Namun soalan itu tidak dijawab sebaliknya dia menyatakan warga tempatan tidak memotong rambut di kawasan tersebut.

“Katanya harga tersebut menjadi mahal kerana Czar turut memilih perkhidmatan untuk mengemaskan janggutnya sedangkan ia hanya sedikit sahaja kerana dia tidak mempunyai bulu yang banyak di wajah,” ujarnya.

Rasa tindakan kenakan cas tinggi kepada pelancong luar adalah tidak adil

Zoe kemudian mengatakan ia adalah tidak adil untuk lelaki tersebut menganggap semua pelancong yang datang dari jauh mempunyai wang yang banyak sekaligus mengenakan caj yang mahal terhadap mereka.

Dia kemudian bertanya kepada orang ramai yang melihat video tersebut adakah harga RM120 itu adalah harga yang berpatutan bagi sebuah kedai gunting rambut tempatan.

@zoeandczar_

What do you think? Do you also think 120 ringgit is far too much for a trim in a local barber shop in Kuala lumpur? First time this has happened to us in Malaysia 🇲🇾 #malaysia #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – Zoe&Czar

Melihat di ruangan komen, ramai yang menyatakan harga yang dikenakan oleh tukang gunting itu terlalu mahal.

Malah ada juga yang meminta nama kedai tersebut diberitahu agar netizen Malaysia dapat menjalankan kerja mereka untuk mengecam tindakan individu berkenaan kerana telah menipu pelancong.

“Dia adalah warga asing bukan rakyat tempatan. Jika dia cas RM50, harga itu masih mahal”

“RM120 terlalu mahal untuk perkhidmatan gunting rambut”

“Beri nama kedai tersebut, biar rakyat Malaysia buat kerja”

“Pergi ke balai polis dan buat laporan polis mengenai kedai tersebut, tunjukkan video sebagai bukti”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

41 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago