[Review] Samsung Galaxy A54 5G, Peranti Midrange Seakan Level Flagship

Awal bulan April ini, Samsung Electronics secara rasminya telah melancarkan dua model telefon midrange terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy A34 dan Samsung Galaxy A54.

Dikesempatan kali ini, kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Galaxy A54 5G ini.

Jadi untuk artikel ini, kami akan kongsikan pandangan dan ulasan jujur mengenai peranti kategori pertengahan ini secara menyeluruh berdasarkan pengalaman penggunaan kami.

#1 Rekaan

Melalui penilaian kami, Samsung Galaxy A54 5G mempunyai rekaan yang sama seperti model flagship Samsung iaitu S Series. Lihat saja rekaan kamera 3 sebaris ke bawah yang cukup simple tapi kelihatan elegant.

Ditambah pula dengan skrin depan menggunakan Corning Gorilla Glass 5 berserta IP67 rating untuk melindungi bahagian dalam peranti daripada habuk dan air sedalam 1 meter.

Selain itu, panel kaca dengan konsep ‘glossy’ di bahagian belakang juga menjadikan telefon ini kelihatan ekslusif. Pun begitu, model berwarna Awesome Graphite yang kami terima membuatkan kesan cap jari mudah untuk kelihatan.

Apabila dipegang, peranti ini terasa seperti sebuah model flagship apatah lagi dengan rekaan ‘punctual camera display’ di bahagian hadapan, memang nampak moden dan stylo habis!

Bagaimanapun, saiz bingkai skrin (bezel) pada peranti ini agak tebal dan juga tidak sekata di bahagian bawah, atas dan juga tepi.

Namun ia bukanlah sesuatu isu yang besar bagi sesebuah telefon midrange.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

#2 Skrin

Kami juga berpuas hati dengan paparan skrin Super Amoled yang didatangkan khas dalam Galaxy A54 5G ini, warna dan kecerahan memang puas hati untuk digunakan.

Ditambah pula dengan saiz paparan skirn 6.4-inch, dah ‘awesome’ sangat digunakan untuk menonton filem, main game dan sebagainya.

#3 Battery

Bagaimana pula dengan ketahanan bateri? Tak akan pakai sehari setengah nak kena cas lagi?

Tolak tepi kerisauan anda itu kerana Galaxy A54 ini hadir dengan bateri bersaiz 5000mAh – kapasiti yang sangat besar selain kelajuan caj sehingga 25W.

Berdasarkan pengalaman penggunaaan kami, Galaxy A54 ini mampu bertahan dari 100% hingga 0% selama dua hari jika digunakan untuk media sosial atau kerja sahaja.

Jika digunakan untuk bermain game atau menonton movie sepanjang hari, jangka waktu untuk bateri habis akan lebih singkat.

#4 Kamera

Bagi yang gemar mengambil gambar pula, Galaxy A54 ini adalah pilihan terbaik anda dengan harga yang ditawarkan.

Ia menggunakan 3 setup kamera iaitu 50MP Wide, 12MP Ultrawide dan 5MP Macro. Manakala kamera bahagian hadapan pula 32MP.

Berikut hasil gambar yang telah diambil dengan menggunakan Galaxy A54 5G:

12MP kamera ultrawide

gambar dengan pencahayaan terang di dalam mall (Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen)
Gambar dalam keadaan kurang pencahayaan pada waktu malam (Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen)
Gambar diambil pada waktu tengah hari (Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen)

50MP kamera wide

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

5MP kamera macro

Foto: BuzzKini/HairyEzreen
Foto; BuzzKini/Hairy Ezreen
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Dalam keadaan pencahayaan yang terlalu gelap, kami agak kagum apabila Galaxy A54 ini masih mampu menghasilkan gambar yang terang dan kelihatan natural.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Nak rakam video pun okay dengan kualiti 4K 30FPS yang ditawarkan. Namun jika ingin menggunakan ‘super steady mod’ kualiti video akan diturunkan menjadi 1080P30FPS.

Untuk itu, kami sediakan video di bawah untuk anda nilaikan sendiri kualiti rakaman dan audio daripada Galaxy A54 ini.

#5 Cip

Perkara paling utama yang akan dinilai bagi sesebuah telefon pintar semestinya cip yang akan digunakan kerana ia akan menentukan performance sesebuah peranti itu.

Jadi untuk Samsung Galaxy A54 5G ini, ia di datangkan dengan system cip Exynos 1380 yang mempunyai rangkaian 5G.

Secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman kami menggunakan telefon ini, untuk kegunaan harian seperti urusan kerja atau scroll media social memang tiada masalah, ditambah pula dengan paparan 120HZ, laju habis setiap kali scroll tu.

Foto: BuzzKini/ Hairy Ezreen

Patut tak korang beli?

Tak habis-habis cerita pasal harga berbaloi, mesti korang nak tahu harga dia bukan? Haha..

Jadi untuk Samsung Galaxy A54 5G ini, harga yang ditawarkan hanyalah RM1899 dengan 8GB Ram dan 256GB Memory. Yes, tak sampai RM2,000 pun.

Pada pendapat kami, harga dengan apa yang ditawarkan oleh Samsung ini sangatlah berbaloi untuk dimiliki terutamanya bagi mereka yang mengutamakan kamera dan media sosial.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago