Pemuda Kongsi Perbezaan Bunyi ‘Hon Berbudi’ Vs ‘Hon Biadap Yang Biasa Digunakan Penunggang Motosikal [Video]

Selain kereta, jalan raya turut digunakan oleh beberapa lagi jenis kenderaan lain seperti bas, teksi, dan juga motosikal.

Sebagai pengguna jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan bertimbang rasa kepada individu lain.

Oleh itu, setiap kenderaan pasti mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan mesej kepada pengguna lain sebagai contoh mengangkat tangan menandakan terima kasih atau membunyikan hon sebagai tanda amaran dan lain-lain.

Lelaki kongsi beza hon berbudi dengan hon biadap diberikan motosikal

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan @mie.yul_ yang berkongsi perbezaan bunyi hon dibiasa digunakan oleh penunggang motosikal.

Katanya, sebagai seorang yang menunggang motosikal terdapat perbezaan bunyi hon di antara hon berbudi bahasa dengan bunyi hon yang biadap.

“Kepada akak dan abang semua jangan terasa kalau motor hon sikit-sikit.

“Dia ada beza tau kalau hon berbudi dengan hon biadap,” katanya.

Bunyikan hon untuk tunjuk berpezaan

Dia kemudian membunyikan hon yang panjang dan berulang kali untuk menandakan itu adalah kategori ‘hon biadap’.

Namun kalau ‘hon berbudi’, ia hanya berbunyi pendek sahaja dan mungki diulang dua atau tiga kali sebagai peringatan atau meminta diberi laluan.

“Maksud dia kalau hon sikit tu minta maaf ya, minta tolong beri laluan sikit ha macam tu.

“Kita minta baik-baik, itu bahasa dia. Kalau dah tengah-tengah sesak takkanlah kita nak turun motor kan ketuk pintu abang minta laluan sikit,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan pemuda ini dan bersetuju dengan perbezaan yang dikongsikan itu.

“Penting motor bagi hon sebab kadang-kadang tak perasan motor ada dekat tepi terutama dekat kawasan tak nampak.. terbaik kongsi”

“Sama bang. Saya hon sikit je kalau nak cilok (potong) kalau kereta tukar laluan tak bagi lampu isyarat tu baru hon lama”

“Terbaik brother ni.. memang betul apa dia cakap tapi ramai pengguna jalan raya tak kira kenderaan tak dapat bezakan bunyi hon macam ni”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago