“Saya Bukan CEO” – Boy Iman Dedah Hanya Makan Gaji, Nafi Scam Vendor Karnival Raya

Sejak semalam (19 April) tular di media sosial mengenai pembatalan saat akhir penganjuran karnival Aidilfitri, Acara Hooray × Fest Raya yang dijadualkan berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur bermula semalam hingga 21 April.

Insiden tersebut yang ditunda ke satu tarikh baru menyebabkan ramai vendor yakni peniaga terpaksa menanggung kerugian besar dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Keadaan di sana menjadi lebih tegang sebaik pihak penganjur memaklumkan salah satu individu yang terlibat dalam menjayakan karnival tersebut adalah pelakon dan usahawan, Boy Iman.

@haffizwahab24

Boy Iman Scam Event PWTC. x habis2 buat hal Boy Iman ni😂🤣

♬ original sound – Haffiz Wahab581 – Haffiz Wahab581
@semboyankualalumpur

Sedikit live siang tadi berkenaan tipu vendor/peniaga di pwtc yg sepatutnya berlangsung pada 19-21hb. Pada awalnya pihak management tidak memberitahu Boy Iman ada lah salah seorang penganjur tersebut. Memang buat hal! Kesian kepada peniaga yang dtg dari jauh & mananggung kerugian yg besar. #pwtckualalumpur #fyp #fypシ #foryoupage #semboyankualalumpur #semboyanmalaysia #boyiman

♬ original sound – Team Semboyan Malaysia – Team Semboyan Malaysia

Sedar namanya terpalit, Boy Iman kemudiannya tampil menerusi satu posting di Instagram menafikan dakwaan yang dia telah menipu para peniaga.

Menurut Boy Iman, dia bukanlah individu yang bertanggungjawab terhadap perjalanan syarikat itu termasuklah SOP dan akaun kerana statusnya hanyalah sebagai seorang pekerja.

“Tiba-tiba ramai betul orang yang menyebut nama saya di media sosial petang ini  termasuklah rakan-rakan media, rakan-rakan selebriti apatah lagi netizen berikutan apa yang berlaku di satu acara membeli belah raya

“Untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, saya terpaksa juga membuat kenyataan ini untuk pengetahuan semua.

“Saya tidak layak untuk bercakap, apatah lagi memberi sebarang kenyataan melibatkan syarikat kerana itu bukan syarikat saya. Saya (juga) bukan CEO syarikat, juga tidak bertanggungjawab terhadap akaun syarikat, perjalanan syarikat, dan SOP syarikat.

“Saya hanyalah pekerja yang makan gaji tertakluk pada surat tawaran kerja dan surat perlantikan yang dikeluarkan kepada saya mengikut skop kerja yang termaktub di situ ditandatangani oleh saya dan CEO syarikat,” luah Boy Iman panjang lebar.

Malah dia meminta orang ramai agar membuat carian di internet mengenai syarikat tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membuktikan kata-katanya.

Dia turut meminta orang ramai agar tidak tidak mudah percaya dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya bahkan menawarkan diri untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

Usahawan tersebut bagaimanapun memaklumkan dia tidak dapat mengulas lebih terperinci kerana khuatir dikenakan tindakan oleh majikan.

“Andai saya bercakap lebih-lebih nanti saya boleh dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana saya masih bekerja dalam syarikat. Sepertimana yang anda tahu dan nampak dah tular CEO syarikat saya yang bercakap bagi pihak syarikat. Malahan jenama acara ini juga telah di daftarkan di atas nama peribadi beliau.

“Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana pihak berkuasa mengikut lunas yang ditetapkan di dalam Perlembagaaan negara kita,” kata Boy Iman lagi.

Menerusi IG Story, dia turut berkongsi kad bisnes dan kad pekerja miliknya yang tertera jawatan sebagai Pengarah Pemasaran bagi membuktikan bahawa dia bukanlah pemilik syarikat seperti yang diperkatakan orang ramai.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago