SURIA FM Catat Jumlah Masa Mendengar Mingguan Tertinggi Antara 4 Stesen Radio BM

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2023, stesen radio Suria FM berjaya meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) berbanding 4 stesen radio komersial berbahasa Melayu* yang lain.

Suria FM dalam satu kenyataan berkata kaji selidik menunjukkan jumlah tersebut ialah selama 7 jam 28 minit dengan peningkatan sebanyak 1 jam 6 minit berbanding kajian sebelumnya.

Suria Cinta kelolaan DJ Lin, kembali menduduki tangga teratas sebagai segmen radio yang mempunyai jumlah masa mendengar tertinggi (TSL) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 3 jam 10 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Lebih membanggakan, segmen Suria Cinta turut menunjukkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi dari pengukuran sebelumnya sebanyak 210,000 pendengar.

Segmen Gaya Suria dihoskan oleh Cik Piah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari telah mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi antara 4 stesen radio berbahasa Melayu teratas* dengan tempoh mendengar sebanyak 2 jam 13 minit. Selain itu, segmen ini juga menunjukkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 135,000 pendengar.

Manakala segmen-segmen seperti Morning Morning Suria gabungan Ajak, Shuib dan Suraya sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, segmen Muzik Top Suria bersama Cik Piah pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 1.00 pm hingga 3.00 pm, segmen Suria Petang dihoskan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 7.00 malam juga segmen Suria Pagi Show kelolaan Anna J pada sabtu dan ahad dari jam 6.00 am hingga 10.00 am, kesemuanya juga telah mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa Melayu*.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) keputusan terbaru kaji selidik GfK untuk Wave 1, 2023 ini telah membuktikan bahawa stesen radio Suria FM kekal relevan buat pendengar yang setia menyokong dan mendengarkan radio tersebut walau di mana jua mereka berada.

“Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan terus komited untuk meningkatkan prestasi radio dari segala aspek dan dengan peningkatan jumlah tempoh mendengar serta sambutan luar biasa peminat terhadap drama raya Suria 2023 “Raya Akhir” yang berjaya menghuni kedudukan kelima di carta YouTube dengan meraih sebanyak 250,000 jumlah tontonan selepas 48 jam tayangan di platform digital Suria, saluran Youtube Suria TV dan Facebook Suria FM.

“Ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan karya serta produk Suria yang lebih baik demi memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar,” ujarnya.

Difahamkan sumber data diambil daripada:

  • GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2023 (Individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia)
  • Facebook Analytics Insight, Februari– Mac 2023
  • Twitter Analytics, Februari – Mac 2023
  • YouTube Analytics, Februari – Mac 2023
  • Google Analytics, Februari – Mac 2023
  • TikTok Analytics, Februari – Mac 2023
  • Suria Web and App Database, Februari – Mac 2023

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

1 hour ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

7 hours ago