Pelari Negara Pecah Rekod Dunia Guinness, Lari Maraton Terpantas Sambil Berbaju Melayu Di London [Video]

Menjulang nama negara dalam apa sahaja acara atau pertandingan di peringkat antarabangsa pasti menjadi impian ramai rakyat Malaysia.

Namun tidak ramai yang berpeluang untuk berbuat demikian memandangkan kebanyakan acara sukan dimonopoli oleh atlet negara barat yang sememangnya mempunyai banyak kelebihan antaranya fizikal, mental dan juga kemudahan yang lebih canggih.

Namun jurulatih dan pelari maraton negara, Mohd Syahidan Alias Mohd Syahidan, 36, atau lebih mesra dipanggil Edan Syah telah berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness (GWR) apabila muncul pelari terpantas dengan catatan 2 jam 49 minit 22 saat bagi kategori memakai pakaian tradisional ketika menyertai TCS London Marathon 2023.

Difahamkan rekod tersebut berjaya dipecahkan Edan Syah pada pada Ahad, 24 Mac ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut hari kedua Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Edan Syah berkata dia menyempurnakan misi berlari di bawah masa tiga jam sekaligus dinobatkan sebagai pemegang Guiness World Records.

Misi Tercapai! kita mencapai misi (di bawah) tiga jam. Pemegang Rekod Dunia Guinness: maraton terpantas dengan pakaian melayu tradisional (Lelaki).

Edan Syah

Lari sambil memakai baju Melayu jenama Bulan Bintang dengan misi mahu ‘promote’ baju kebangsaan

Dalam masa yang sama, beliau juga berterima kasih pada jenama pakaian Bulan Bintang kerana menaja baju melayunya.

Artiekel berkaitan Pengasas Jenama Bulan Bintang Pernah Jual Di Uptown. Ini Kisah Unik Dari Azzim Zahid Azmi

Artikel berkaitan: Fashion Show Jenama Bulan Bintang Catat ‘Malaysia Book of Records’, Telan RM2 Juta Untuk 350 Dron

Sewaktu larian tersebut Edan Syah dilihat memakai set Baju Melayu berwarna merah, kain samping biru, dan kasut sukan berwarna kuning, mewakili warna Jalur Gemilang iaitu bendera kebangsaan negara.

Difahamkan, Edan Syah membuat keputusan untuk berlari maraton sambil mengenakan busana baju Melayu kerana ingin mempromosikan kepentingan budaya pakaian tersebut.

Rakam video larian guna kamera 360 darjah

Selain itu, beliau juga merekodkan lariannya dengan menggunakan kamera ‘omnidirectional’ yang mampu merakam video dan mengambil gambar dalam sudut 360 darjah.

Saya memutuskan untuk merekodkan aksi saya dengan menggunakan kamera 360 darjah untuk merakam momen-momen bersejarah semasa London marathon. Maaf kalau video tak berapa cantik. Terima kasih semua warga malaysia di London, setia menunggu dan menyokong dalam hujan lebat dan kesejukan untuk mengambil video-video.

Mohd Syahidan menerusi kapsyen Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan umum, Edan Syah adalah seorang pengasas Smart Athletics Club, syarikat di Subang Jaya, Selangor yang melatih pelari. Beliau juga merupakan pelari pertama Malaysia yang berjaya menamatkan enam acara marathon peringkat dunia di bawah masa tiga jam.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

10 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

11 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

11 hours ago