Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan Plastik Untuk Dapatkan Wajah Seperti Jimin BTS

Seorang pelakon lelaki warganegara Kanada meninggal dunia selepas melakukan 12 pembedahan kosmetik agar dapat kelihatan seperti bintang KPOP BTS, Jimin.

Menurut laporan Daily Mail, pelakon muda yang dikenali sebagai Saint Von Colucci dan berusia 22 tahun itu telah menghabiskan sebanyak US$220,000 (RM981,000) bagi pembedahan kosmetik itu.

Meninggal dunia di Korea Selatan pada pagi Ahad lalu

Von Colucci dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Korea Selatan pada Ahad pagi (23 April) selepas mengalami komplikasi daripada prosedur kosmetik yang dilakukan beberapa bulan lalu.

Menurut publicist Von Colucci, Eric Blake, pelakon muda itu menjalani pembedahan pada malam Sabtu untuk membuang implan daripada rahangnya yang dimasukan pada November tahun lalu.

Punca kematian akibat alami jangkitan dari implan pada bahagian rahang

Von Colucci dikatakan mengalami jangkitan dari implan tersebut dan disebabkan oleh komplikas dia terpaksa diintubasi sebelum akhirnya meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Eric Blake, 12 pembedahan kosmetik yang dilakukan oleh mendiang dalam setahun lalu adalah seperti pembedahan rahang, implan, pembesaran wajah, operasi hidung, pembesaran mata, pembesaran kening, pengurangan bibir dan beberapa pembedahan kecil lain.

“Beliau tahu risiko pembedahan implan rahang, namun tetap ingin melakukannya.

“Colluci tidak yakin dengan penampilannya dan tidak menyukai bentuk rahang yang terlalu lebar dan mahukan bentuk ‘V’ yang dimiliki kebanyakan orang Asia,” kata Blake yang bekerja dengan Colucci sejak Mac tahun lalu.

Van Colucci akan jalani pengambaran Drama Pretty Lies pada Jun ini

Menurutnya lagi, Von Colucci akan berlakon dalam Drama Korea, ‘Pretty Lies’ pada Jun ini dan mahukan wajahnya seiras Jimin. Penggambaran itu pula dijangka selesai pada Disember 2023.

Beliau memainkan salah satu watak utama iaitu pelajar antarabangsa.

Walaupun beliau tidak dapat mendedahkan terlalu banyak butiran, dia mengatakan rancangan episod itu dijadualkan akan ditayangkan pada rangkaian siaran utama di Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun ini.

Von Colucci mula datang ke Korea Selatan pada tahun 2019

Untuk info, Von Colucci mula datang ke Korea Selatan pada tahun 2019 untuk cuba mencipta nama dalam industri muzik.

Sebuah firma membawanya ke sana dan menanggung segala kos seperti membayar tempat tinggal, pengangkutan dan perbelanjaan.

Von Colucci berada di bawah kontrak selama tujuh tahun dengan firma terbabit.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

19 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago