Lelaki Berang Gara-Gara Ditegur Remaja Kerana Merokok Di Kedai Makan [Video]

Aktiviti menghisap rokok oleh segelintir pihak di tempat awam terutamanya di kedai makan sering kali tidak disenangi oleh orang ramai.

Bukan hanya kerana bau yang busuk, malah asap yang berterbangan di udara turut boleh mengancam nyawa individu lain seperti bayi dan juga kanak-kanak.

Namun apabila ditegur agar tidak merokok di kawasan larangan, ada pula yang tidak dapat menerima dengan hati terbuka sebaliknya memarahi semula individu terbabit.

Lelaki berang selepas ditegur remaja jangan merokok di kedai makan

Perkara ini samalah seperti video yang tular di media sosial ini apabila seorang lelaki berang selepas ditegur oleh seorang remaja kerana dipercayai merokok di sebuah kedai makan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @bckupacc99, kelihatan seorang lelaki memakai baju berwarna hijau telah memarahi remaja berkenaan dan bertanya siapakah dia sehingga berani menegur tindakannya.

Remaja itu kemudian menjawab bahawa dia hanya minta agar lelaki itu tidak merokok di kawasan terbabit (dalam kedai makan).

“Awak ni pegawai apa? Pekerja kedai ni pun tak berani tegur sayalah,” ujar lelaki itu.

Kelihatan seorang lelaki cuba meleraikan perselisihan faham berkenaan

Perselisihan faham itu kemudian dilihat seperti dileraikan oleh seorang individu lain yang turut berada di kedai berkenaan selepas lelaki itu dilihat cuba mendekati remaja berkenaan dan mengatakan remaja itu sudah keterlaluan.

Tidak lama selepas itu, perakam video tersebut kemudian menjelaskan bagaimana kedudukan lelaki berkenaan sebelum ditegur jangan merokok.

Malah dia turut menunjukkan tanda amaran di atas meja yang melarang pelanggan untuk merokok di dalam premis.

Untuk makluman pada 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menguat kuasakan larangan merokok di restoran dan premis makanan di seluruh negara.

Perokok atau pemilik premis yang ingkar terhadap larangan tersebut boleh dikenakan kompaun.

Bagi pelanggan sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan pengurangan RM150 jika dibayar dalam tempoh 1 bulan.

Untuk kesalahan kedua, nilai adalah sama namun tiada pengurangan ditawarkan, manakala bagi kesalahan ketiga, kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM350.

Walau bagaimanapun, untuk tuan punya premis jumlah kompaun adalah sama seperti pelanggan untuk setiap kesalahan namun tiada sebarang pengurangan ditawarkan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago