“Ini Tangga Hebat, Selalu Saya Date Dengan Mira” – Kenyataan ‘Selamba’ View Chin Raih Perhatian Ramai [Video]

Tidak dapat dinafikan isu keruntuhan rumah tangga melibatkan selebriti dan figura umum dek kehadiran orang ketiga antara yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

Sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai isu seorang usahawan dan influencer dikenali sebagai View Chin yang didakwa curang terhadap isterinya, Shermine (Ah Moi).

Tidak hanya itu, individu yang didakwa menjadi orang ketiga juga adalah pekerja mereka sendiri yang dikenali sebagi Amirah Aqilah.

Susulan daripada kontroversi yang tercetus itu, View Chin dan Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira mula mendiamkan diri daripada dunia media sosial untuk sementara waktu.

View selamba tunjuk tangga tempat date dengan Mira dalam ‘live’

Bagaimanapun selepas isu itu dilihat semakin reda, View Chin mula kembali aktif di dalam media sosial seperti di TikTok dan sebagainya dengan memuat naik video dan juga ‘live streaming’.

Baru-baru ini, tular pula satu rakaman live View Chin di mana dia berkongsi kepada pengikutnya sebuah tangga sambil mengatakan bahawa tempat tersebut merupakan kawasan di mana dia dan Mira selalu bertemu.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok akaun @kakicomen, kelihatan View Chin sedang menunjukan kawasan di dalam gudang dan pejabat.

“Ini tangga hebat, selalu saya date dengan Mira dekat sini lah. Kenapa? Sebab tangga ni boleh sampai studio,” katanya sambil tersenyum.

Dalam video yang sama, View Chin kelihatan seperti sudah tidak lagi mempedulikan segala sindiran orang ramai terhadap dirinya.

@kakicomen

View Chin tunjuk tangga date dengan Mira

♬ bunyi asal – kakikomen – kakikomen

Ramai kecam dan dakwa View Chin main ‘reverse psychology’

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, di mana kebanyakan pengguna TikTok mendakwa View Chin sedang bermain ‘reverse psychology’.

Selain itu, rata-rata netizen juga mengecam dirinya kerana seakan bangga dan tidak rasa bersalah dengan kontroversi yang menimpa dirinya.

Ada juga yang puji View Chin

Pun begitu, segelintir individu juga memuji View Chin kerana tidak putus asa dan tetap kuat meneruskan kerjayanya sebagai sorang usahawan dan influencer.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Curang, View Chin Tampil Mohon Maaf & Minta Orang Ramai Beri Masa

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

8 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

13 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

14 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

14 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

15 hours ago