Kenaikan Kadar OPR Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat – Rafizi

Pada 3 Mei 2023, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas. Ini menjadikan kadar OPR semasa menjadi 3.00 %.

Keputusan ini meskipun telah diramal oleh sesetengah pihak, ia ternyata satu perkara yang kurang popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial.

Rata-rata warganet melihat kenaikan kadar OPR memberi impak yang negatif khususnya kepada individu yang membuat pembiayaan seperti pinjaman perumahan dan pembiayaan ASB Financing.

Dapat berbelanja lebih berhemah, selain dapat bantu kukuhkan Ringgit

Namun, memetik kenyataan Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, kenaikan ini dari sudut positifnya dapat mendorong kerajaan untuk berbelanja dengan baik dan secara lebih berhemah.

Ini kerana kenaikan OPR akan memaksa kerajaan untuk berbelanja dengan lebih baik kerana kos untuk berhutang menjadi lebih tinggi.

Meskipun bersetuju kenaikan OPR boleh memberikan impak kepada kos sara hidup rakyat, Rafizi berpendapat ia harus dilihat dari gambaran yang lebih besar antaranya dari segi pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Kalau OPR naik, secara tidak langsung ia akan memaksa kerajaan untuk berbelanja dengan baik dan secara berhemat kerana kos berhutang lebih tinggi. Kalau kita tidak sesuaikan kadar (OPR) kita dengan pasaran dunia, ia akan membawa kesan lain seperti risiko dana atau portfolio pelaburan keluar yang akhirnya melemahkan mata wang negara dan mengurangkan pelaburan.

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi

Sebagai info, kenaikan kadar OPR yang terakhir adalah pada November 2022 dengan kadar 2.75%dan kadar ini kekal sehingga Mac 2023.

Apa Itu OPR?

Secara ringkasnya OPR merupakan kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat, iaitu BNM dalam menentukan kadar faedah untuk insitusi kewangan yang memberi pinjaman wang antara satu sama lain untuk tempoh semalaman.

OPR dilihat sebagai instrumen kewangan yang penting dalam industri perbankan yang dapat melancarkan sistem kewangan makro antaranya melalui pengawalan kadar faedah dan keperluan rizab.

Baca artikel berkaitan:

Bagaimana OPR Mengawal Inflasi, Ini Yang Patut Anda Tahu

BNM Naikkan Kadar OPR, Ini Kesannya Terhadap Kita

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

3 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago