Setiap pemandu lori atau bas yang harus menempuh perjalanan yang jauh dan lama sehingga lewat malam pastinya mempunyai pengalaman mistik tersendiri.
Malah ada yang mendakwa pernah mendengar pelbagai bunyi atau terhidu ‘bau’ pelik apabila melalui kawasan yang gelap dan di kelilingi dengan hutan tebal.
Namun lain pula dengan kisah seorang pemandu lori ini apabila dia berdepan dengan satu ‘penampakan’ jelas dipercayai makhluk halus yang berada di sebelahnya ketika sedang memandu di waktu malam.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eddypablo3, pemandu lori terbabit berkata pelbagai doa telah dibaca olehnya, namun makhluk tersebut tetap berada di situ.
“Assalamualaikum, ada sesiapa tertinggal sahabat tak kat atas ‘highway’? Dah baca macam-macam doa tak jalan juga,” kata pemandu terbabit.
Lebih menyeramkan, kelihatan begitu jelas penampakan mahluk halus berkenaan seakan hantu pocong yang berbungkus dengan kain kafan.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika pemandu lori terbabit sedang memandu di sebuah lebuh raya dari Changkat Jering, Perak menuju ke Changlun, Perlis.
Setakat artikel ini ditulis, video tular tersebut telah mendapat lebih 1 juta jumlah tontonan dan 76 ribu tanda suka.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian lelaki terbabit yang tidak melarikan diri sebaliknya tenang memandu sambil merakam kelibat tersebut.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…