Warga Asing Biadap Tunjuk Jari Tengah Bila Ditegur Letak Tong Roro Penuh Besi Buruk Di Tengah Jalan [Video]

Umum mengetahui, Malaysia merupakan salah satu tempat yang dilihat sebagai lubuk mencari rezeki oleh sesetengah rakyat dari negara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih rendah.

Maka tidak hairanlah jika di negara ini terdapat ramai warga asing yang datang bekerja seperti daripada Indonesia, Bangladesh dan juga Nepal.

Tidak hanya itu, Malaysia juga dipenuhi dengan lambakan pelarian daripada Myanmar yang memilih menyelamatkan diri daripada ditindas dengan berhijrah ke sini.

Pun begitu, kehadiran warga asing dan pelarian ini juga dilihat dapat memberi kesan buruk kepada negara dan juga rakyat jika tidak dibendung.

Warga asing biadap lepas ditegur letak roro tengah jalan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan biadap warga asing selepas ditegur kerana meletakkan tong roro di tengah jalan di sebuah kawasan perumahan di Kulai, Johor.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Navindran di laman Facebook Khas Penduduk Kulai “Official” (KPK), kelihatan tong roro tersebut dipenuhi dengan besi buruk di dalamnya.

Menyusahkan pengguna jalan yang lalu kawasan tersebut

Berdasarkan video tersebut, kelihatan tong roro yang diletakkan di tengah jalan juga menyebabkan kesukaran bagi kenderaan yang ingin melalui kawasan tersebut.

“Kau tengok ni diorang (warga asing) punya kerja, letak tong besar macam ni penuh besi buruk dah dua tiga hari. Bila ditegur nak report, diorang keluar rumah bising-bising,” katanya.

Warga asing tak kisah dilaporkan siap tunjuk isyarat lucah

Malah, warga asing terbabit juga bersikap biadap apabila didakwa tidak kisah jika dilaporkan selain menunjuk isyarat lucah kepada si perakam.

Ramai marah dan inginkan pihak berkuasa mengambil tindakan

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook berasa marah dengan tindakan biadap dan besar kepala warga asing tersebut.

Tidak hanya itu, mereka juga meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya kepada warga asing tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

23 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

23 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

24 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago