“Kami Belum Bertunang” – Teman Wanita Suspek Bunuh Wanita Hamil Buka Mulut, Puji Kekasih ‘Lelaki Baik’

Pada 22 Mei lalu, negara digemparkan dengan berita seorang wanita yang dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya.

Dalam kejadian tersebut mangsa dipercayai telah ditikam serta ditoreh sebanyak dua kali sebelum dibakar kerana perselisihan faham tentang kehamilannya.

Sebelum kejadian berlaku mangsa telah dibawa ke kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Namun di sebalik laporan media, terdapat dakwaan mengatakan mangsa bukanlah kekasih lelaki berkenaan tetapi mereka hanya menjalinkan hubungan sulit.

Suspek juga didakwa telah mempunyai seorang tunang yang mana foto mereka tular di media sosial.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Bunuh & Bakar Teman Wanita Gara-Gara Berang Niat Sembunyi Kehamilan Ditolak

Wanita dakwa diri teman wanita suspek

Ekoran daripada insiden tersebut, seorang wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada suspek.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bukan tunang seperti yang didakwa oleh orang ramai.

“Salam semua, saya bukan tunang dia, saya hanya teman wanita dia. Walaupun betul sekalipun dia bersalah, nak tak nak kita kena telan juga.

“Biarkanlah apa yang terjadi pengajaran dan iktibar untuk semua perempuan dekat luar sana.

“Untuk A****n (suspek) terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya,” tulis wanita itu.

Menerusi ruangan komen, wanita itu turut mendakwa suspek ada seorang lelaki yang baik.

Jelasnya dalam satu respon balas kepada seorang individu lain, mungkin keadaan yang memaksa teman lelakinya itu berbuat demikian.

“Dia baik sangat kak, sangat baik. Cuma mungkin keadaan yang memaksa dia pilih jalan macam ini.

“Kita takk ada dalam keadaan dia dan arwah pun.”

Video undang perhatian ramai

Video itu bagaimanapun turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang kasihan dengan nasib yang menimpa manga.

@fourzy4z

Isu semasa : kes bakar di sabak bernam / sungai besar p/s : Vtt di ambil dari acc @e.eshaaa perempn dlm vtt ni bkn mangsa tp kwn suspek. Hrp maklum

♬ suara asli – AWH – AWH

Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa ini adalah ujian buat mereka semua selain mendoakan ketenangan mangsa.

“Masing-masing nampak baik.. mereka tewas dengan godaan nafsu hingga diuji sedemikian, dihantui ketakutan maka jalan singkat diambil. sedihnya ya Allah”

“Semoga Allah permudahkan segala urusan”

“Kerasnya takdir.. semoga dipermudah segala urusan mu”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago