Stress Hilang Kerja & Mahu Segera Keluar Punca Penumpang Asiana Airlines Buka Pintu Kecemasan Pesawat

Baru-baru ini, tular di media sosial video yang memaparkan detik-detik cemas penumpang sebuah pesawat di Korea Selatan apabila pintu kecemasan pesawat terbuka di ruang udara.

Kejadian pada 26 Mei itu berlaku ketika pesawat Airbus 321, Asiana Airlines yang membawa 194 penumpang dan enam anak kapal berada pada ketinggian 700 kaki dengan kelajuan 334 kilometer sejam.

Akibat daripada insiden itu, 12 penumpang telah mengalami cedera ringan kerana mengalami hiperventilasi dengan sembilan daripadanya dihantar ke Hospital Daegu, Korea Selatan untuk rawatan lanjut.

@hmetromy

Penumpang penerbangan Asiana Airlines memberitahu polis, dia membuka pintu pada pesawat itu beberapa minit sebelum ia mendarat di Daegu, Korea Selatan kerana dia berasa “tidak selesa.” #BeritaDiTikTok

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Penumpang Stress, Mahu Segera Keluar Dari Pesawat

Menurut kenyataan polis, kejadian berpunca akibat daripada tindakan seorang penumpang pesawat berkenaan yang berusia 30-an membuka pintu kecemasan kira-kira dua minit sebelum pesawat mendarat di Daegu, Korea Selatan.

Hasil soal siasat mendapati, penumpang itu dikatakan mengalami sesak nafas akibat stress kerana hilang punca pendapatan dan dia dikatakan mahu keluar daripada pesawat itu secepat mungkin.

Dia yang duduk berhampiran pintu kecemasan mengambil langkah dengan membuka pintu kecemasan pesawat terbabit.

Tindakannya yang mementingkan diri itu telah menyebabkan penumpang lain menerima kesannya apabila angin yang laju masuk ke kawasan kabin hingga menyebabkan kain di tempat duduk dan rambut penumpang berterbangan.

Kelihatan di dalam video juga, beberapa penumpang berpaut pada kerusi untuk menahan diri daripada terjatuh.

Menurut polis, tindakan penumpang itu boleh menyebabkan dia berdepan dengan hukuman di bawah Akta Keselamatan Penerbangan yang mana sekiranya penumpang membuka pintu operasi, pintu keluar atau menggunakan peralatan di dalam pesawat, dia boleh didakwa dan dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahan Panas, Wanita Buka Pintu Kecemasan & Berlegar Di Sayap Pesawat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Cuba Buka Pintu Pesawat Sewaktu Di Udara, Wanita Diikat Dengan Pita Pelekat [Video]

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago