Kucing Seberat 8.5KG Di Thailand Jatuh Dari Tingkat 6, Namun Tak Alami Kecederaan

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan orang ramai terutama bagi mereka yang duduk di kediaman bertingkat.

Meskipun mereka bebas berlari dan bermain di dalam rumah, namun kita juga sering kali terdengar insiden kematian kucing kerana terjatuh dari kawasan yang tinggi seperti rumah strata.

Perkara yang sama turut berlaku di sebuah kediaman di Thailand apabila terdapat seekor kucing seberat 8.5 kg terjatuh dari tingkat enam.

Ketika kejadian kucing itu telah mendarat di atas sebuah kenderaan sehingga menyebabkan cermin kereta tersebut pecah di bahagian belakang.

Namun apa yang menakjubkan, kucing itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, dipetik laporan Mothership.

Pemilik kenderaan menjumpai seekor kucing di dalam kereta

Kejadian yang berlaku pada 27 Mei lalu dikongsikan pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Apiwat Toyothaka di Facebook selepas menjumpai kucing berkenaan di dalam keretanya pada jam 7 pagi.

Jelasnya, kucing tersebut kemudian jatuh ke arah keretanya hingga memecahkan cermin belakang.

Menurut The Nation, pemilik kereta tersebut bagaimanapun tidak berasa marah apabila dia melihat kucing berkenaan sedang dalam ketakutan.

Sembunyi bawah kereta kerana takut

Haiwan itu kemudian bersembunyi di bawah kereta selepas berjaya berjaya melompat keluar dari lubang cermin yang pecah itu.

Rakaman kamera keselamatan turut memaparkan kucing itu tergantung di balkoni sebelum jatuh dari tingkat enam.

Ketika kejadian sebelum jatuh di atas cermin kenderaan terbabit kucing itu turut tersangkut di tingkat tiga.

Si comel hanya hilang dua kuku

Pada keesokan harinya, Apiwat kemudian mengemaskini hantarannya untuk memaklumkan keadaan si comel itu.

Dia kemudian menyatakan kucing yang diberi nama Shifu itu dalam keadaan yang baik dan laporan imbasan x-ray memaklumkan si comel itu tidak mengalami sebarang kecederaan seperti patah tulang, lebam atau bengkak, namun hilang dua kuku sahaja.

Apiwat turut memberitahu bahawa Shifu merupakan haiwan peliharaan kepunyaan orang lain yang tinggal di kawasan yang sama.

Kejadian berlaku pada Shifu adalah sebab penduduk dilarang bela haiwan

Menurut pengurus di kondominium itu kejadian yang berlaku kepada haiwan tersebut merupakan sebab mengapa penduduk dilarang memelihara haiwan peliharaan.

Ekoran itu, pemiliknya telah didenda sebanyak 1,000 bath (RM132.40), dia lalu turut berjanji untuk memindahkan si comel itu ke rumah saudaranya.

Pemilik haiwan itu menjelaskan kepada pengurus berkenaan bahawa Shifu telah berlari keluar ke balkoni sebaik sahaja pintu dibuka sebelum tergelincir dan jatuh di atas cermin kereta terbabit.

Peraturan untuk memeliharan haiwan di kawasan rumah strata

Kebiasaannya kebanyakan pengurusan kediaman bertingkat di negara lain termasuk Malaysia tidak membenarkan penduduk untuk membela haiwan peliharaan.

Ini adalah atas faktor keselamatan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tak diingini seperti terjatuh dan sebagainya.

Menerusi semakan kami di laman sesawang Property Guru di Malaysia yang menyatakan di bawah Undang-Undang Kecil 14 dalam Jadual Ketiga Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2015 ia tidak menyatakan secara jelas bahawa haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam hartanah Strata.

Namun ia tertakluk kepada tiga situasi yang boleh menjadikan haiwan peliharaan tidak dibenarkan. Sebagai contoh:

  • Haiwan boleh menyebabkan kebimbangan atau gangguan kepada penduduk lain seperti bising, tidak bersih dan sebagainya.
  • Bahaya dari segi kesihatan dan keselamatan penduduk.
  • Melanggar peraturan dan undang-undang pihak berkuasa negeri atau tempatan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago