“Toksik Rupanya” – Les’ Copaque Teruk Dikecam, Didakwa Kutuk & Buka Aib Pekerja Dalam Podcast [Video]

Sebagai seorang pekerja atau majikan, sudah tentu kita inginkan suasana kerja yang positif agar terus bermotivasi dan memberikan kualiti yang baik dalam pekerjaan.

Ini kerana, suasana yang dipenuhi aura negatif (negative vibe) selain kewujudan individu toksik akan membuatkan mood dan prestasi bekerja merudum.

Keadaan ini boleh mendatangkan banyak masalah bukan sahaja kepada pekerja tetapi turut melibatkan prestasi syarikat.

Tular ketua di syarikat animasi cerita tentang tingkah laku pekerja

Baru-baru ini tular di YouTube berhubung satu video podcast yang dinamakan Lepak @ Les’Copaque keluaran sebuah syarikat animasi terkenal, Les’ Copaque Sdn Bhd yang membincangkan tentang drama di tempat kerja sehingga dikecam oleh orang ramai.

Menerusi video tersebut, seramai tiga ketua yang mewakili jabatan masing-masing telah dijemput untuk membincangkan tentang ‘Drama’ yang berlaku di kalangan pekerja berdasarkan pengalaman mereka bersama dengan seorang moderator.

Antara perkara yang dikupas adalah mengenai sikap pekerja seperti menipu tentang sijil cuti sakit dan apabila disiasat individu berkenaan sebenarnya tidak mempunyai rekod kesihatan bagi sijil cuti yang dikeluarkan itu.

Dedah tingkah laku pekerja tanpa sebut sebarang nama

Selain itu mereka turut membincangkan tentang pekerja yang datang lambat ke tempat kerja, gaji, sikap pekerja dan sebagainya.

Dalam podcast tersebut, mereka tidak hanya membincangkan tentang ‘drama’ di antara pekerja tetapi turut menceritakan beberapa kejadian yang dipercayai berlaku secara realiti melibatkan kakitangan dan bekas staf.

Walau bagaimanapun, sepanjang perbincangan itu kesemua mereka tidak menyebut secara spesifik siapakah individu-individu yang diceritakan itu.

Netizen kecam tindakan dedah sikap pekerja di media sosial

Video tersebut bagaimanapun tidak mendapat reaksi yang baik di kalangan netizen apabila mereka mengecam tindakan individu berkenaan yang mendedahkan sikap pekerja secara terang-terangan.

Ia kemudian turut menjadi sohor di Twitter hingga menarik perhatian orang ramai.

Anak pengasas Les’ Copaque tampil pertahankan diri

Sedar video berkenaan telah dikecam, salah seorang panel iaitu Nur Naquyah yang juga anak kepada pengasas Les’ Copaque, kemudian tampil mempertahankan diri dengan menyatakan podcast itu haruslah membincangkan tentang hal diri dan perkara sekeliling.

“Nak sembang fasal budaya toksik, bekas pekerja, bonus dan gaji pun kena kecam.

“Nama podcast pun Lepak@Les’Copaque haruslah bincang hal diri dan sekeliling. Siapa yang terasa dikutuk dan terkutuk tu sis and friend ucapkan terima kasih sebab sanggup dengar sampai habis kita orang sembang. Biasalah benda yang ‘REAL’ ni memang susah nak hadam secara baik,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dia juga turut meminta orang ramai yang masih belum menonton video tersebut untuk melihatnya.

Melihat di ruangan komen, ada yang menyatakan sebagai seorang ketua mereka perlulah bersikap profesional untuk tidak mendedahkan aib pekerja di media sosial selain ia juga menunjukkan ketidakmatangan mereka dalam mengendali masalah ini.

“Kepada semua pekerja Les’ Copaque, bos awak sedang berkata buruk mengenai anda secara terang-terangan…”

“Dalam banyak-banyak topik yang boleh dipilih untuk buat podcast, boleh pilih topik membawang staf”

“Terima kasih kerana menunjukkan kepada semua bagaimana toksiknya anda semua…”

“Respect la, jarang-jarang jumpa wakil syarikat yang buka pekung sendiri secara terang-terangan”

“HR kata staf tak boleh kutuk syarikat di media sosial secara peribadi, tapi HR pula boleh kutuk staf di media sosial syarikat yang ada 17.5K pengikut!”

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

2 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago