Ketabahan Seorang Lelaki! Tetap Teruskan Pernikahan Meski Baru Uruskan Jenazah Ibu Pada Waktu Pagi Di Hari Bahagia [Video]

Perkahwinan dan pernikahan merupakan antara momen indah dan amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan bercinta.

Saat bahagia ini akan menjadi lebih bermakna jika ia diraikan bersama insan tersayang khususnya ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Namun, tidak semua bernasib baik untuk meraikan hari bahagia ini bersama keluarga tercinta.

Lelaki Uruskan Jenazah Ibu Pada Pagi Sebelum Majlis Akad Nikah

Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang pengguna TikTok @iannabaharin_ menjalankan majlis akad nikah tanpa kehadiran ibu mertuanya.

@iannabaharin_

terima kasih jadikan saya isteri awak disaat awak sendiri pun tak kuat. Allah, besar dugaan awak suami. saya janji ada dgn awak sampai bila bila 🥹 terima kasih sahabat sahabat suami. semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

♬ bunyi asal – Ianna – Ianna

Ibu mertuanya dikatakan telah meninggal dunia dan jenazah diuruskan oleh suaminya pada seblah pagi sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 3 Jun.

Kagum dengan kekuatan yang dihadapi oleh si suami yang dikenali sebagai Ikmal Rashid, wanita itu kemudian mengucapkan terima kasih kepadanya kerana masih meneruskan majlis akad nikah walaupun sedang berhadapan dengan dugaan yang amat hebat.

“Terima kasih jadikan saya isteri awak di saat awak sendiri pun tak kuat. Allah, besar dugaan awak suami. Saya janji ada dengan awak sampai bila bila. Terima kasih sahabat sahabat suami. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kelihatan beberapa rakan baik lelaki itu turut menghadiri majlis berkenaan dan memberi sokongan kepada pasangan itu menerusi paparan video tersebut.

Menerusi video yang telah menerima hampir satu juta tontonan itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan sedih dengan kejadian yang menimpa lelaki berkenaan.

Malah, ada di antara netizen yang kagum dengan kekuatan yang dihadapi oleh lelaki tersebut.

Ada netizen yang menganggap Ianna sebagai pengganti kepada ibu mertuanya dan ada juga turut berkongsi pengalaman kehilangan orang tersayang ketika hari bahagia.

Berikut antara komen yang diberikan oleh netizen:

Allahu Salam Takziah, Semoga Terus Kuat Serta Bahagia Dunia Akhirat

Hilang Ibu Allah Hantar Isteri, Dua Sosok Wanita Yang Paling Istimewa Untuk Kamu Lelaki

Foto: TikTok @iannabaharin_

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

13 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

14 hours ago