Kenapa Hari Keputeraan Agong Bukan Pada Hari Jadi Baginda? Ini Penjelasannya [Video]

Semalam (5 Jun), seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 dengan meluangkan waktu bersama keluarga mahupun rakan-rakan selepas mendapat satu hari Kelepasan Am Persekutuan.

Pun begitu, ramai beranggapan bahawa Hari Kelepasan Am ini disambut sempena tarikh lahir Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Namun tahukah anda, tarikh lahir baginda sebenarnya pada 30 Julai 1959. Jadi kenapa kita menyambut Hari Keputeraan Agong pada hari Isnin pertama bulan Jun semalam?

Oleh itu, guru subjek Sejarah terkenal, Sir Syahmi tampil menjelaskan serba ringkas mengenai Hari Keputeraan Agong ini.

Tradisi Hari Keputeraan diambil daripada British

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun miliknya, Sir Syahmi berkata tradisi Hari Keputeraan Agong ini diambil daripada British.

Menurutnya, cerita ini bermula sejak zaman pemerintahan Raja Britain Pertama, Raja George II pada tahun 1727 hingga 1760.

“Kisahnya Raja George ini suka berperang dan dia suka nak tunjuk dia punya tentera. Jadi dia buat lah hari perbarisan

“Pada awalnya Raja George berhasrat ingin mengadakan hari perbarisan pada tarikh hari lahirnya iaitu bulan November,” katanya.

Bagaimanapun, bulan November merupakan waktu musim sejuk di sana menyebabkan ia tidak sesuai untuk para askar berkawad.

Raja George II pilih bulan Jun musim panas

Dipendekan cerita, Raja George akhirnya memilih bulan Jun untuk mengadakan hari perbarisan itu yang dikenali sebagai ‘Trooing the Colour’ memandangkan pada waktu itu adalah musim panas dan sesuai untuk para askar berkawad.

“Jadi kita pun ambil tradisi yang sama, iaitu kita buat satu Hari Keputeraan. Sebagai contoh, tahun ini YDPA pilih hari Isnin minggu pertama bulan Jun.

“Itulah Hari Keputeraan sebenarnya, nak tunjuk perbarisan tentera,” katanya lagi.

Apa itu Trooping the Colour?

Untuk info, menurut majalah Hello, hari perbarisan para askar British dipanggil sebagai ‘Trooping the Colour’ dan ia akan diadakan pada setiap tahun pada bulan Jun.

Trooping the Colour ini juga diadakan bagi mempamerkan kehebatan panji-panji rejimen askar British pada rakyat.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

1 hour ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

4 hours ago