Lelaki Pakai Harness Pada Anak Kecil Ketika Solat Dipuji Ramai [Video]

Sebagai ibu bapa yang beragama Islam kita perlulah menerapkan ajaran dan perintah Allah SWT sejak mereka kecil lagi.

Malah ketika anak berusia sekitar satu hingga 12 tahun mereka sering meniru setiap tingkah laku, dan kata-kata daripada orang sekeliling seperti ibu bapa.

Perkara ini dapat dilihat apabila mereka mengikut gerak geri kita sewaktu melakukan aktiviti agama hingga ia menjadi satu rutin.

Namun ada segelintir ibu bapa berdepan dengan cabaran seperti seperti anak menangis, tidak duduk diam dan sebagainya ketika sedang beribadah.

Apa yang lebih membimbangkan apabila ada segelintir kanak-kanak yang bertindak untuk bergerak jauh daripada ibu bapa ketika mereka sedang menunaikan solat.

Bapa pakaikan anak harness ketika solat di masjid

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dikongsikan oleh Muhamad Huzaifah yang menunjukkan tindakan seorang bapa yang sedang solat bersama anak kecilnya hingga mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan lelaki itu telah membawa anaknya yang berusia sekitar dua hingga empat tahun berkunjung ke sebuah masjid untuk menunaikan solat.

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila si bapa turut menggunakan tali tangan keselamatan (harness) kepada anak kecilnya itu sebagai langkah keselamatan.

Mudah untuk fokus ketika tunai solat

Seperti yang kita tahu adakalanya tindak-tanduk si kecil adalah sukar untuk dijangka. Oleh itu, untuk memudahkan diri fokus pada ibadah yang dilakukan bapa ini memilih untuk menggunakan harness.

Si kecil juga kelihatan seperti sudah biasa menemani bapa solat apabila kelihatan tali keselamatan tersebut langsung tidak menganggunya dia untuk bergerak.

“Agama itu mudah, biasakan anak-anak di masjid dan gunakan semua kemudahan yang ada,” tulis Huzaifah.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan bapa itu kerana mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.

Ada yang sempat berseloroh menceritakan pengalaman mereka bersama anak jika dipakaikan tali keselamatan itu dan tidak kurang juga yang menyifatkan rutin membawa anak ke masjid dapat mengalakkan si kecil untuk mendekati agama tersebut.

Untuk makluman kebiasaannya penggunaan harness ini sering digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar mereka mudah untuk di cari atau hilang ketika berada di tempat awam.

Terutama bagi yang baru dapat kaki tu, nampak saja kecil tapi tahu-tahu sudah jauh si kecil meneroka kawasan.

“Lagi seronok budak budak ramai lagi meriah”

“Sama macam anak saya, arwah ayah selalu bawa dia pergi masjid masa umur tiga tahun lebih, sekarang arwah ayah dah tiada”

“Bagus abang ni. Keselamatan dulu.. abaikan orang nak kata apa. Saya pun pakaikan harnes macam ni juga dulu”

Recent Posts

  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

1 hour ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

3 hours ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

19 hours ago