Ini 5 Sebab Kenapa Ada Wanita Lebih Memilih Lelaki Bermisai

Sebelum memilih seseorang untuk menjadi pasangan hidup, sebagai wanita pasti anda telah menyenaraikan beberapa ciri yang diperlukan bagi memenuhi citarasa anda.

Tidak hanya menilai berdasarkan sikap individu, kebanyakan wanita lazimnya akan turut mempertimbangkan rupa paras dan fizikal sebelum menerima seseorang itu sebagai pasangan.

Misalnya, ada di antara golongan wanita lebih berminat kepada lelaki yang berambut panjang berbanding yang berambut pendek. Begitu juga dengan lelaki yang mempunyai misai atau tidak bermisai.

Tahukah anda, lelaki berjambang dan bermisai nyata lebih menarik minat kaum Hawa. Terdapat lima sebab setengah wanita lebih memilih lelaki bermisai. Berikut kami kongsikan mengapa.

#1 Elegan

Foto: Pexels

Lelaki bermisai dikatakan lebih elegan terutamanya apabila mengenakan gaya pakaian yang bersesuaian.

Misai mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih sofistikated serta berkeyakinan tinggi.

#2 Lebih Matang

Foto: Freepik

Misai mampu membuat seorang lelaki itu nampak lebih matang. Bagi sesetengah budaya, misai melambangkan simbol kematangan lelaki.

Oleh sebab itu, ada wanita pada masa kini lebih memilih lelaki yang mempunyai misai kerana mereka dikatakan matang terutama dari segi penampilannya.

#3 Nampak Lebih Macho

Foto: Pexels

Lelaki yang mempunyai misai dikatakan nampak lebih ‘macho’ berbanding mereka yang tidak mempunyai misai.

Ini kerana mereka tidak perlu berusaha keras untuk menonjolkan diri mereka sebagai seorang yang mempunyai karakter tersebut.

#4 Kemas & Rapi

Foto: Freepik

Ada di antara wanita yang menganggap lelaki mempunyai misai ini sebagai seorang yang kemas dan rapi.

Manakan tidak, sudah semestinya lelaki ini perlu menjaga dan memastikan misai yang dipelihara dalam keadaan baik.

#5 Kacak

Foto: Pexels

Bagi setengah wanita, lelaki bermisai merupakan lambang kesuburan dan ketampanan seorang lelaki.

Misai juga bertindak sebagai pengukur perubahan lelaki daripada remaja menjadi lelaki dewasa. Oleh sebab itu ada di antara wanita yang menganggap lelaki yang mempunyai misai sebagai seorang yang kacak.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai citarasa dan pilihan masing-masing. Tidak hanya memandang luaran semata-mata, tapi anda perlu juga menilai dalaman dan sikap seseorang sebelum menjadikan dia sebagai pasangan hidup.

Namun buat kaum lelaki, sehebat mana pun imej anda, semua ini tidak bermakna jika anda tidak memberikan penjagaan yang rapi kepada aset anda itu.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

15 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

16 hours ago