Wanita Hairan Bil Elektrik Melambung Cecah RM300 Sebulan, Meski Tidak Banyak Guna Perkakas Elektrik

Elektrik merupakan sumber tenaga penting yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan warganet mendakwa bil elektrik mereka naik mendadak berbanding caj yang dikenakan pada beberapa bulan lepas.

Kebanyakan daripada mereka mengakui berlaku peningkatan dalam penggunaan barang elektrik khususnya penghawa dingin semasa musim panas.

Namun, ada juga yang hairan dengan caj yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun mendakwa penggunaan elektrik pada bulan itu adalah kurang berbanding sebelumnya.

Wanita Mengeluh Tiada Peralatan Elektrik Yang Banyak Tapi Bil Cecah RM300

Begitu juga yang dihadapi oleh seorang pengguna Facebook, Nur Habibi Qalbi apabila bil elektrik pada bulan Jun mencecah hampir RM300.

Dia mendakwa peralatan elektrik di rumahnya jarang digunakan malah ada di antara peralatan tersebut sudah tidak digunakan lagi dalam tempoh tiga bulan.

“Satu aircond tak hidup sampai 24 jam, satu Smart TV yang jarang buka, satu peti sejuk, satu Coway, satu mesin basuh yang guna seminggu dua kali sahaja dan beberapa biji lampu yang tak pernah buka hingga 24 jam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurutnya, dia hairan dengan bil elektrik yang mencecah RM290 hingga RM300 walaupun barang elektrik di rumahnya tidak digunakan selalu.

“Macam seterika, lampu luar rumah pun dah lama tiada, pengering pun dah tiga bulan tak guna sebab rosak,” tambahnya lagi.

Dia juga mendakwa, saiz rumahnya tidaklah terlalu besar dan hanya mempunyai 3 bilik sahaja sehingga menyebabkan bil elektrik boleh mencecah sebanyak itu.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di akaun Facebook itu, bil elektrik yang tertera adalah sebanyak RM600.80. Namun, warganet mendakwa wanita itu dikatakan masih mempunyai tunggakan sebanyak RM288.08.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tampil dengan pendapat masing-masing. Ada di antara mereka yang mendakwa turut berhadapan dengan situasi yang sama.

Namun, ada juga yang mencadangkan agar dia membuat semakan meter TNB kerana dikhuatiri meter tersebut rosak sehingga menyebabkan bil elektrik naik dengan mendadak.

Ada juga yang turut mecadangkan agar dia mengurangkan penggunaan barang elektrik seperti penghawa dingin dan Coway.

Turut jadi topik hangat di Twitter

Perkara sama turut dibincangkan di Twitter selepas seorang pengamal perubatan, Dr Khairul Hafidz membuat ciapan mengenai isu berkenaan.

Malah, dia turut bertanya bagaimana kaedah yang digunakan TNB dalam mengira tarif elektrik.

Sebagai info, TNB merupakan syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan antara komen netizen:

Betul, Sama Rumah Saya, Naik Mendadak, Beratus Kena

Foto: FB Nur Habibi Qalbi

Cuba Cek Bacaan Meter Tu, Sama Tak Dengan Bacaan Dekat Bil, Saya Pernah Bil Air RM800, Sekali Tengok Bacaan Tak Sama

Foto: FB Nur Habibi Qalbi

Kalau Ikut Pengalaman, Biasanya Dibawah RM200, Mungkin Ada Masalah Lain

Foto: FB Nur Habibi Qalbi

Untuk info, sekiranya anda mempunyai komen atau pertanyaan berhubung bil elektrik, anda boleh membuat aduan atau pertanyaan di talian 1-300-88-5454.

Selain itu, anda juga melawati laman sesawang atau media sosial rasmi TNB bagi sebarang pertanyaan atau aduan.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya, Kata PM Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Dapat Dielak, Kerajaan Harus Pertimbangkan Subsidi Bersasar

Recent Posts

  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

32 mins ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

37 mins ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

2 hours ago
  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

3 hours ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

3 hours ago