fbpx
Now Reading
Wanita Tekad Berjambang Walau Sukar Temui Cinta

Wanita Tekad Berjambang Walau Sukar Temui Cinta

Walaupun telah banyak usaha yang dilakukan akhirnya wanita ini akur dengan takdirnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi seorang wanita, rupa paras adalah satu aspek kecantikan yang perlu dijaga, malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit atau melakukan apa sahaja hanya untuk kelihatan cantik.

Namun, perkara ini sedikit berbeza dengan seorang wanita ini yang dikenali sebagai Harnaam Kaur, 31, yang memilih untuk membiarkan jambang yang tumbuh di mukanya.

Menurut laporan Daily Star, Harnaam telah disahkan menghidap penyakit Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang terjadi disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan penyakit ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.

Selain itu, gejala penyakit ini turut memberi kesan kepada kitaran haid, perubahan pada rupa fizikal seperti tumbuh bulu di bahagian wajah serta kesukaran untuk hamil kerana mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) lebih tinggi.

Foto : IG Harnaam Kaur

Walau bagaimanapun, difahamkan wajah Harnaam mula ditumbuhi jambang sejak dia mencapai akil baligh ketika berusia 11 tahun.

Namun sebaik mengetahui keadaan Harnaam, ibunya telah membawa wanita ini ke salon untuk membuang jambang yang ada di wajahnya.

Bila dicukur lebih lebat, buat Harnaam terpaksa biarkan jambang tumbuh

Akan tetapi, selepas proses itu  Harnaam memilih untuk membiarkan jambangnya itu tumbuh seperti biasa kerana proses itu telah menyebabkan jambangnya tumbuh lebih lebat dan berwarna kehitaman.

Harnaam turut menyatakan bahawa kulitnya yang lembut dan sensitif itu menyebabkan dia merasai proses itu sakit.

Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila Harnaam mula mencederakan dirinya kerana diejek secara berterusan sehingga menyebabkan dia mengalami mimpi buruk diserang dengan kejam oleh pembuli sekolahnya.

Beliau turut meluahkan situasi itu juga menyukarkan beliau dari segi kerjaya serta perasaan ingin bercinta.

Foto : IG Harnaam Kaur

Harnaam berkata “Ketika umur 21 tahun, saya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang tidak pernah saya temui. Pertunangan itu telah diatur oleh kuil sikh dengan seorang lelaki dari India.

“Disebabkan terlalu ingin bercinta, dan mahu mempunyai anak di usia yang awal, saya bersetuju dengan pertunangan itu walaupun di dalam budaya kami itu bukanlah sesuatu yang biasa.

“Saya bertemu lelaki itu dalam keadaan yang formal dan sembilan hari selepas itu kami bertunang, malah dia juga tidak memberi sebarang komen terhadap jambang yang saya miliki,” katanya lagi.

Namun, lelaki ini terlalu mengawal Harnaam apabila beliau tidak dibenarkan untuk bersolek, bertatu serta menindik.

Lelaki itu turut memberitahunya sekiranya dia tidak suci lagi lelaki itu tidak akan menyentuhnya.

Lantaran itu, dua bulan sebelum tarikh mereka berkahwin Harnaam membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan lelaki tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.