Bengang Kereta Dikunci Kerana Parkir Tempat OKU, Lelaki Ini Tak Puas Hati Dakwa Ada Kecemasan [Video]

Negara di seluruh dunia telah menetapkan petak parkir khas Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak boleh digunakan oleh pemandu biasa.

Hal ini kerana tempat meletak kenderaan bagi golongan OKU adalah sangat terhad di setiap kawasan parkir selain petak parkir itu juga diletakkan di kawasan khas untuk memudahkan mereka.

Oleh itu, mana-mana pemandu yang bukan OKU sekiranya meletakkan kenderaan di kawasan tersebut boleh dikenakan hukuman seperti membayar denda selain tayar kereta akan dikunci (clamp).

Jelas bahawa undang-undang ini tidak hanya digunakan di Malaysia, bahkan seluruh dunia.

Kecoh lelaki tak puas hati kereta dikunci oleh pihak pengurusan parkir

Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan kekecohan seorang lelaki di pejabat pengurusan parkir sebuah hospital awam selepas tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci.

Menerusi hantaran dua video yang dimuat naik di akaun TikTok @raguchandragunasegaran, difahamkan tayar kereta lelaki itu dikunci oleh pihak pengurusan parkir kerana meletakkan kenderaan di kawasan OKU.

Dakwa parkir di tempat OKU kerana ada hal kecemasan

Menurut lelaki itu, dia mengalami kecemasan melibatkan ahli keluarganya menyebabkan dia terpaksa parkir di kawasan OKU selain mendakwa kawasan tempat letak kenderaan biasa sudah penuh.

Selain itu, individu berkenaan juga tidak berpuas hati kerana pihak pengurusan parkir meminta dia untuk menjelaskan denda sebanyak RM50 terlebih dahulu sebelum membuka kunci tersebut.

Video-video yang dimuat naik oleh lelaki itu turut dikongsikan di laman Twitter @mynewshub, sekaligus meraih perhatian ramai sebelum salah satu video dipercayai dipadam di laman TikToknya.

Cuba tegakkan benang yang basah, lelaki terbabit dikecam netizen

Rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan lelaki terbabit kerana meletakkan kenderaan di kawasan parkir OKU.

Tidak hanya itu, mereka juga menyifatkan lelaki terbabit sebagai cuba menegakkan benang yang basah kerana tindakan memarkir di kawasan OKU sememangnya salah di sisi undang-undang.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

4 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

5 hours ago