Bengang Kereta Dikunci Kerana Parkir Tempat OKU, Lelaki Ini Tak Puas Hati Dakwa Ada Kecemasan [Video]
Lelaki terbabit juga tidak berpuas hati kerana pihak pengurusan parkir meminta dia untuk menjelaskan denda sebanyak RM50 terlebih dahulu untuk membuka kunci tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Negara di seluruh dunia telah menetapkan petak parkir khas Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak boleh digunakan oleh pemandu biasa.
Hal ini kerana tempat meletak kenderaan bagi golongan OKU adalah sangat terhad di setiap kawasan parkir selain petak parkir itu juga diletakkan di kawasan khas untuk memudahkan mereka.
Oleh itu, mana-mana pemandu yang bukan OKU sekiranya meletakkan kenderaan di kawasan tersebut boleh dikenakan hukuman seperti membayar denda selain tayar kereta akan dikunci (clamp).
Jelas bahawa undang-undang ini tidak hanya digunakan di Malaysia, bahkan seluruh dunia.
Kecoh lelaki tak puas hati kereta dikunci oleh pihak pengurusan parkir
Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan kekecohan seorang lelaki di pejabat pengurusan parkir sebuah hospital awam selepas tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci.
Menerusi hantaran dua video yang dimuat naik di akaun TikTok @raguchandragunasegaran, difahamkan tayar kereta lelaki itu dikunci oleh pihak pengurusan parkir kerana meletakkan kenderaan di kawasan OKU.
Dakwa parkir di tempat OKU kerana ada hal kecemasan
Menurut lelaki itu, dia mengalami kecemasan melibatkan ahli keluarganya menyebabkan dia terpaksa parkir di kawasan OKU selain mendakwa kawasan tempat letak kenderaan biasa sudah penuh.
Selain itu, individu berkenaan juga tidak berpuas hati kerana pihak pengurusan parkir meminta dia untuk menjelaskan denda sebanyak RM50 terlebih dahulu sebelum membuka kunci tersebut.
Video-video yang dimuat naik oleh lelaki itu turut dikongsikan di laman Twitter @mynewshub, sekaligus meraih perhatian ramai sebelum salah satu video dipercayai dipadam di laman TikToknya.
Katanya sebab kereta kena kunci kerana parking kat tempat OKU….info penuh belum ada…. pic.twitter.com/y79fIB31GK
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 21, 2023
Cuba tegakkan benang yang basah, lelaki terbabit dikecam netizen
Rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan lelaki terbabit kerana meletakkan kenderaan di kawasan parkir OKU.
Tidak hanya itu, mereka juga menyifatkan lelaki terbabit sebagai cuba menegakkan benang yang basah kerana tindakan memarkir di kawasan OKU sememangnya salah di sisi undang-undang.
Oooo kalau parking penuh boleh park OKU? Biasa kalau parking penuh aku keluar je dari area tu. Bukan eh?
— RandomRamblings (@KenapaKauDegil) June 21, 2023
Yang ko park kat tapak OKU tue kenapa bangang…that is for the disabled. It’s theirs. Ko nak senang, ko pi park kat situ mmg kena clamp laa gila..salah diri sendiri tak nampak..salah government plak..aduhhhh..
— Tanamaran Supramanian Chettier (@Tanamaran) June 22, 2023
salah is always salah..steady gila brader2 kat situ..
Bang, kau yang masuk parkir OKU tanpa ada pelekat rasmi. Memang terbukti kau SALAH. Jangan nak tegakkan benang yang basah
— Pendekar Laut (@UmarHarith) June 22, 2023
Parking OKU khas utk OKU, satu dunia undang-undang mcm tu..
— Ezry Abdul Rahman (@ezry_a_rahman) June 21, 2023