Rider Makanan Tegur Lelaki Singapura Isi Minyak Dalam Tong Dakwa ‘Hilang’ Kerja, Akaun Disekat

Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan perselisihan faham antara warga Singapura dengan seorang rider penghantar makanan yang berlaku di stesen minyak Iskandar Puteri, Johor Bharu.

Menerusi video tersebut, rider berkenaan mendakwa bahawa dua individu dari negara jiran itu berang selepas dia menegur tentang tindakan mereka yang dipercayai cuba untuk mengisi minyak ke dalam tong.

Malah turut kelihatan beberapa anggota polis bantuan berada di lokasi berkenaan sedang cuba untuk mengawal keadaan terbabit.

Polis kemudian mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden dan menjelaskan ianya berlaku disebabkan salah faham.

Baca artikel berkaitan: Dua Lelaki Dipercayai Warga Singapura Mengamuk Lepas Ditegur Isi Petrol Dalam Tong [Video]

Baca artikel berkaitan: Pertengkaran Hanya Salah Faham, Warga Singapura Dakwa Isi Minyak Dalam Tong Sebenarnya Untuk ‘Go-kart’

Rider tegur dua individu Singapura dakwa hilang kerja, akaun digantung

Terbaharu, rider berkenaan mendakwa dia telah hilang pekerjaan sebagai penghantar makanan apabila akaunnya telah digantung oleh syarikat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Matkibot dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Dia dalam video sama turut menyatakan akaun kerjanya telah digantung pada jam 6 petang, semalam (21 Jun).

Jelas, rider yang berusia 44 tahun itu dia kemudian segera menghubungi pihak khidmat pelanggan syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

“Selepas video ini viral di media sosial, syarikat penghantar telah menggantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (21 Jun). Saya segera menghubungi perkhidmatan pelangggan dan di situlah saya diberitahu akan mendapat panggilan daripada pihak atasan syarikat dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah pun menerima panggilan dari pihak terbabit, terdapat laporan mengenai diri saya,” katanya di dalam video tersebut.

Didakwa keluarkan skru driver ketika insiden selisih faham, rider dedah berani kerana benar

Dia turut mendakwa individu yang membuat laporan tersebut dipercayai dua lelaki dari Singapura yang tular di stesen minyak Caltex di Johor Bharu pada baru-baru ini.

“Ada orang lapor pasal saya, dia melaporkan saya mengeluarkan skru driver untuk melawan semula. CCTV (kamera litar tertutup di stesen minyak ada, bolehlah periksa, berani kerana benar,” katanya.

Jelasnya, dia berani kerana benar dan percaya dirinya tidak bersalah. Bahkan pendapatan terjejas kerana dua individu berkenaan.

“Saya tidak dapat bekerja mulai hari ini dan tidak tahu bila (pengantunggan akaun) akan tamat.

“Saya dapat RM100 saya kena hantar balik RM50 untuk mengisi perut isteri dan anak saya macam mana tu?

“Macam tulah hidup kita di Malaysia, tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga. Begitulah nasib rakyat Malaysia,” katanya lagi dalam video tersebut.

BuzzKini sedang cuba menghubungi syarikat penghantaran tersebut dan akan mengemaskini artikel ini sebaik mendapat respons dari mereka.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

38 mins ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

2 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

3 hours ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

3 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

5 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

5 hours ago