fbpx

Pertengkaran Hanya Salah Faham, Warga Singapura Dakwa Isi Minyak Dalam Tong Sebenarnya Untuk ‘Go-kart’

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, laporan polis telah dibuat oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu pada hari yang sama kejadian berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu pergaduhan di antara dua lelaki warga Singapura dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Pergaduhan tercetus apabila kedua lelaki warga Singapura itu berang selepas ditegur oleh rider terbabit kerana ingin mengisi minyak ke dalam tong.

Penularan video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selain meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lelaki Dipercayai Warga Singapura Mengamuk Lepas Ditegur Isi Petrol Dalam Tong [Video]

Pertengkaran berpunca daripada perselisihan faham

Susulan itu, pihak polis mengesahkan kejadian pertengkaran yang tular semalam (21 Jun) berpunca daripada perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Sunway Box, Johor Bahru pada jam 8.37 malam, 16 Jun lalu.

Laporan polis dibuat oleh penghantar makanan itu pada hari kejadian

Menurut Rahmat, laporan polis telah dibuat oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu pada hari yang sama kejadian berlaku.

“Pada jam 8.20 pagi Rabu, polis mengesan sebuah video berdurasi satu minit 50 saat di halaman Twitter “Mynewshub” yang memaparkan pertelingkahan sekumpulan individu berlaku di sebuah stesen minyak.

“Penghantar makanan itu mendakwa semasa hendak mengisi minyak, sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.

“Penghantar makanan itu kemudiannya melihat warga asing tersebut memegang tong di pam yang sama dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berkongsi lanjut, Rahmat berkata pertengkaran itu kemudiannya dileraikan oleh anggota polis bantuan yang berada di lokasi kejadian.

Jelasnya lagi, warga repbulik itu difahamkan belum sempat mengisi minyak yang dipercayai ingin digunakan untuk aktiviti ‘go-kart’.

Tular video dua warga Singapura ingin serang penghantar makanan kerana berang ditegur

Terdahulu, tular di media sosial tindakan dua warga Singapura yang ingin menyerang seorang penghantar makanan selepas berang ditegur oleh rider terbabit kerana ingin mengisi minyak ke dalam tong di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri.

Berdasarkan video tersebut, salah seorang lelaki terbabit juga bertindak membuka bonet kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) dan mengeluarkan sesuatu seperti pengunci stereng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.